4Meyz dan Moon akan ketuai pasukan Todak Academy

Ketua Pegawai Operasi Todak Culture, Roslan Rashid mengatakan akan ada pasukan kedua Todak yang akan bertanding di Liga Akademi Malaysia (MAL) pada tahun hadapan. Yang menariknya, pemilihan akan dilakukan dari Todak Academy.

“Kita ada masa yang panjang untuk perancangan. Akan ada penganjuran MAL dan kami letak bawah naungan Todak Academy.

“Jadi kami rekrut pemain untuk MAL dari sini dan mereka akan diketuai oleh 4Meyz dan Moon. Hajat kami adalah untuk bagi saingan kepada pasukan utama yang bermain di MPL,” katanya ketika ditemubual media di JioSpace, semalam.

Roslan berkata, jika satu hari nanti skuad Todak Academy ini menjadi lebih hebat, tak mustahil ia akan mengambil alih tempat pasukan utama. Selain itu, aspek pengurusan juga akan berbeza.

“Pengurusan dan gaming house akan berbeza. Kami sedang susun dan akan memastikan pasukan utama dan MAL ini tidak akan duduk sama untuk mewujudkan persaingan sihat.

“Untuk lineup musim ke-13 pula, ia hampir siap cuma kami belum umum lagi tapi apa pun tunggu pengumumannya di media sosial kami dalam masa terdekat,” katanya mengakhiri perbualan.

Video penuh temubual boleh ditonton di bawah:

@mygameondotmy 4Meyz dan Moon nak ketuai pasukan baru Todak? Uish! MLBB Academy League tahun depan nih #MLBBEsports #MLBB #MobileLegendsBangBang #MLBBM5 #BetterThanGreat #ZeroToHero #MPL #IniGayaKita #MI5IMALAYSIA #WhatToPlay #FYP #GamingOnTikTok ♬ Epic Music(842228) – Pavel

RELATED NEWS

+