5 karakter permainan video e-sukan yang anda benci nak lawan

Dalam permainan video, karakter yang baik selalunya disukai ramai, kuat dan memberi ganjaran untuk pemain-pemain.

Namun, terdapat juga beberapa karakter yang kewujudannya hanya untuk membuat anda benci untuk bermain.

Ada juga yang merosakkan keseimbangan yang ada di dalam sesuatu permainan video dan boleh dikatakan patut dibuang jauh.

5 Karakter Permainan Video E-sukan yang Anda Benci untuk Lawan

1. Ice Climbers (Super Smash Bros Melee)

Ice Climbers pada mulanya hanya satu karakter yang tidak berapa kuat dan sangat comel.

Namun Ice Climbers mempunyai satu kombo infiniti yang boleh diulang-ulang sehingga anda mati.

Skill hold ini digelar wobbling.

Apa yang lebih mengjengkelkan kombo ini adalah tersangat mudah untuk dibuat dan jika anda kena apa yang anda boleh buat hanya lihat dan tunggu kekalahan anda.

2. Teemo (League of Legends)

Sudah semestinya Teemo dari League of Legends sudah banyak membuat ramai pemain League marah dan mengamuk.

Teemo tidak berapa bagus untuk pertandingan rasmi, sentiasa di luar meta.

Bila berlawan dengan pemain yang baik Teemo tidaklah memberi impak yang banyak kepada pasukan.

Namun, Ultimate Teemo Shrooms yang boleh dikatakan diletakkan di rata-rata peta sangat mengjengkelkan dan apa yang lebih menyakitkan jiwa, damage bom cendawan ini sangat-sangat tinggi.

3. Techies (Dota 2)

Techies dari Dota All Stars sehingga Dota 2 masih lagi dibenci ramai pemai. Siapa sahaja yang bermain Dota 2 tidak pernah mati di tangan Techies?

Malah, Techies membuatkan pasukan anda seolah-olah bermain 4 lawan 5.

Techies tidak perlu membantu pasukan apa yang dia buat hanya menambah kesusahan kedua-dua pasukan.

Dia juga digunakan oleh Ana, pemain Dota 2 profesional di TI. “Saya suka Techies, tetapi kalau boleh Techies perlu dilenyapkan dari Dota 2,”

Hero ini menyebabkan anda bermain minesweeper bukannya Dota 2.

Berita baik juga untuk pemain Dota 2 bagi apabila Techies untuk versi 7.3 diubah suai untuk mengurangkan toksik dan menambahkan interaksi Techies kepada ahli pasukannya yang lain.

4. Mei (Overwatch)

Mei adakah hero dari Overwatch yang sentiasa dibenci oleh orang ramai.

Seronok untuk digunakan namun tidak menyeronokkan apabila berlawan.

Mei mempunyai pistol yang boleh membuat anda beku dan anda tidak boleh berbuat apa-apa sehingga Mei menembak anda.

Hero ini juga mempunyai skill Ice Wall untuk menghalang musuh dan mempunyai Ultimate yang boleh membuat AOE yang membekukan semua musuh di dalamnya.

5. Fanny (Mobile Legends:Bang Bang)

Fanny sudah bertahun-tahun menghantui pemain MLBB.

Pergerakan yang sangat pantas dan keupayaan Fanny untuk terus ‘terbang’ masuk ke turret tanpa apa-apa masalah dan lari keluar dengan pantas.

Fanny juga mempunyai damage yang sangat tinggi.

Di tangan pemain yang hebat Fanny tidak akan disukai oleh sesiapa pun kecuali yang menggunakanya.

RELATED NEWS

+