Pengarah Hajime Tabata Tinggalkan Square Enix, DLC Final Fantasy XV Dibatalkan; Rugi USD$33 Juta

Sambutan ulangtahun ke-2 Final Fantasy XV bermula dengan khabar kurang menyenangkan.

Melalui lintas langsung program khas Final Fantasy XV, Square Enix mengumumkan pembatalan tiga daripada empat episod yang dirancang dalam sebuah pek DLC berjudul “The Dawn of The Future”.

75% DLC Final Fantasy XV dibatalkan 

Episod Aranea, Lunafreya, dan Noctis adalah antara tiga episod yang tidak akan dilancarkan kecuali episod Ardyn akan terus dibangunkan. Episod Ardyn akan mengisahkan lebih lanjut tentang antagonis utama game ini yang akan mengambil pemain 30 tahun sebelum jalan cerita utama Final Fantasy XV. Saksikan trailer acah Episod Ardyn bakal dilancarkan pada Mac 2019 di bawah:

Mengikut pemerhatian kami, pembatalan pek DLC ini berpunca daripada satu perubahan besar terhadap Luminous Productions yang akan fokus untuk membangunkan sebuah game AAA baru. Selain itu, laporan kewangan menunjukkan peralihan drastik subsidiari milik Square Enix ini mencatatkan kerugian “luar biasa” sebanyak USD$33 juta pada tahun fiskal Q2.

Ini menjadikan episod Ardyn sebagai DLC terakhir bagi game RPG. Sebelum ini, Square Enix pernah melancarkan episod rakan-rakan Noctis iaitu Episod Gladiolus, Prompto dan Ignis serta Final Fantasy XV: Comrades.

Final Fantasy XV Multiplayer: Comrades boleh dimainkan tanpa game asal

Yang menarik, Square Enix mendedahkan Final Fantasy XV Multiplayer: Comrades yang membolehkan pemain mengajak 4 rakan lain untuk bermain multiplayer akan dilancarkan sebagai sebuah game ‘standalone’. Ini bermakna korang tidak perlu beli game asal untuk main Comrades. Standalone ini akan menambah masuk 10 bos baru dan lebih banyak kostum serta senjata.

Saksikan trailer Final Fantasy XV Multiplayer: Comrades di bawah:

Final Fantasy XV Multiplayer: Comrades akan dilancarkan pada 13 Disember di PS4 dan Xbox One. Mereka yang telah membeli DLC Comrades sebelum ini boleh menyambung dalam bentuk standalone bagi kedua-dua konsol ini. Untuk versi PC pula, Comrades akan diberikan secara percuma bagi pemilik Final Fantasy XV: Windows Edition setelah habis update.

Hajime Tabata ucap selamat tinggal kepada Square Enix

Pada masa yang sama, syarikat pembangun dan penerbit terbesar dari Jepun juga memberitahu pengunduran Hajime Tabata sebagai pengarah Final Fantasy XV dan Luminous Productions. Menurut laporan Gamespot, Tabata telah meninggalkan Square Enix pada 31 Oktober lalu.

Melalui pengumuman dalam teks ucapan, Tabata mengambil alih tugas sebagai pengarah Final Fantasy XV daripada Tetsuya Nomura pada tahun 2013 dan terus menyelia game ini sehingga dua tahun. “Secara jujurnya, sebab kami (Final Fantasy XV) dapat pergi jauh hingga sekarang adalah kerana semua sokongan daripada peminat-peminat setia. Saya mengucapkan jutaan terima kasih,” kata beliau.

Tabata turut bercita-cita untuk membuka syarikat sendiri. Beliau berkata, “Saya mempunyai satu projek yang saya berharap akan memberi cabaran selepas Final Fantasy XV. Oleh itu, saya akan mengundur diri daripada jawatan ini dan memulakan bisnes baru untuk mencapai impian saya.”

Meskipun tidak lagi bersama Square Enix, beliau akan terus menyokong kuat Square Enix dan Luminous Productions dalam produksi episod Ardyn dan projek terbaru oleh Luminous. “Saya percaya rakan sekerja yang semuanya hebat-hebat belaka akan menghasilkan sesuatu yang menakjubkan. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong Final Fantasy XV dan juga kepada mereka yang selalu menyokong saya,” ujar Tabata.

RELATED NEWS

+