5 cubaan menipu paling pelik oleh pemain e-sukan

Malangnya penipuan di dalam e-sukan bukan benda yang asing lagi.

Tidak kira dari melihat skrin pihak lawan dan penggunaan wallhack, kadang-kadang cara pemain-pemain ini menipu memang pelik sekali.

Jom kita tengok 5 cubaan menipu paling pelik oleh pemain e-sukan:

1. xQc stream snipe DrLupo – Fall Guys

xQc tidak asing lagi sebagai personaliti e-sukan yang besar dalam dunia permainan video.

Semasa Twitch Rivals, xQc sedang bermain Fall Guys dan membuat stream snipe terhadap DrLupo.

Apa yang lebih memalukan, stream snipe di dalam Fall Guys tidak membawa apa-apa kelebihan pun untuk xQc.

DrLupo dan Tyler1 nyata marah dengan xQc dan selepas itu Twitch bertindak untuk ban xQc dari Twitch Rivals Tournament selama 6 bulan.

2. Word.exe- Forsaken – CSGO

Padan dengan namanya Forsaken yang membawa maksud ditinggalkan.

Forsaken yang terkenal dengan Word.exe di dalam dunia permainan video masih menjadi antara pemain dengan cubaan menipu paling pelik dalam sejarah e-sukan.

Dia pada mulanya dikhuatiri menipu oleh pengurus perlawanan dan apabila pengurus itu melihat skrin, Forsaken cuba untuk menutup fail hacking itu tanpa malu.

Lebih memalukan Forsaken menukar nama hacking itu kepada word.exe.

Disinilah bermulanya meme word.exe iaitu apabila pemain e-sukan terutamanya CSGO menipu ramai orang akan menggunakan word.exe.

3. Stream Snipe tetapi kantoi- Lifecoach vs Hosty – Hearthstone

Semasa Pinnacle2 Hearthstone Tounament, Hosty ditangkap menipu kerana melakukan stream sniping semasa berlawan dengan Lifecoach.

Namun apa yang pelik Hosty sendiri tahu stream adalah lambat selama 10 minit jadi cubaan itu sepatutnya tidak mendatangkan apa-apa kelebihan untuk Hosty.

Apa yang mengejutkan cara Hosty sendiri kantoi apabila ada orang sedar cermin di belakang Hosty sama dengan stream perlawanan itu.

4. Robo Doping – Cameron Jeffers – Zwift

Zwift adalah satu permainan video untuk berbasikal yang membolehkan anda menghubungkan basikal dan aplikasi anda ke game Zwift yang boleh dikatakan sangat realistik.

Dalam kes ini yang digelar ‘robo doping’, Cameron Jeffers menggunakan basikal yang lain dari yang ditetapkan oleh pengurus pertandingan.

Hal ini memberi Jeffers kelebihan untuk dirinya dan sekaligus menyebabkan dia memenangi pertandingan.

Jeffers pula menggunakan bot untuk mengayuh bagi pihaknya.

5. Penggunaan dadah Adderall- Cuyler “Hugh” Garland  – Call of Duty

Skandal ini antara yang paling besar dalam Call of Duty.

Cuyler “Hugh” Garland adalah bekas pemenang piala dunia CoD ditangkap kerana penggunaan adderall ketika bermain Call of Duty.

Namun disebabkan itu, Hugh dan pasukanya terpaksa menggunakan adderall di pertandingan paling besar Call of Duty.

Setakat ini sahaja antara cubaan menipu paling pelik oleh pemain e-sukan.

Apa lagi cubaan menipu yang anda ingat dalam e-sukan?

RELATED NEWS

+