Counter-Strike 2 diumumkan oleh Valve

Valve baru-baru ini mengesahkan bahawa Counter-Strike 2 akan tiba secara percuma pada musim panas ini.

Pengumuman ini berlaku selepas Valve mengeluarkan tiga video gameplay Counter-Strike 2 di saluran YouTube mereka.

Ia dibangunkan menggunakan enjin permainan video mereka sendiri iaitu Source 2 yang juga digunakan dalam Dota 2 dan Half-Life: Alyx.

Counter-Strike 2 akan merombak seluruh peta permainan mereka, mekanik bom asap yang realistik dan pelbagai penambahan baharu daripada Valve.

Valve menyatakan bahawa Counter-Strike 2 adalah satu lompatan teknikal terbesar dalam francais permainan video itu.

Percubaan masa terhad akan bermula pada hari ini dan akan dibuka kepada beberapa pemain Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO).

Semua ciri-ciri baru akan diumumkan sebelum Counter-Strike 2 dilancarkan ke Steam pada musim panas ini.

Counter-Strike adalah permainan video penembakan tunggal (FPS) yang dibangunkan oleh Valve pada 2000.

Selepas beberapa siri, mereka melancarkan CS:GO pada 2012 dan ia sudah menjadi salah satu permainan video yang popular di seluruh dunia.

RELATED NEWS

+