5 karakter arnab terbaik permainan video – sempena tahun arnab

Tahun ini dalam kalendar Tahun Baru Cina adalah tahun arnab.

Permainan video juga tidak lupa dengan karakter-karakter arnab mereka dari hanya raksasa biasa sehingga hero-hero kuat.

Banyak genre permainan video turut memperkenalkan karakter arnab.

Bagi menyambut Tahun Arnab jom tengok 5 Karakter Arnab Terbaik Permainan Video

1. Raving Rabbids (Rayman)

Sudah semestinya arnab dari francais Rayman ini menjadi sangat popular.

Raving Rabbids banyak memberi impak sehingga banyak permainan video berdasarkan Raving Rabbids dibuat.

Sehingga kolaborasi bersama Mario pun ada.

2. Rayton (F.I.S.T)

Rayton adalah arnab yang boleh berlawan dengan tangan robot besar.

Dia juga adalah watak utama dalam F.I.S.T Forged In Shadow Torch satu dunia metroidvania masa hadapan.

3. Alice (Bloody Roar)

https://pbs.twimg.com/ext_tw_video_thumb/1507315538053185539/pu/img/3Sy3J1XfvurMr-5j.jpg:large

Alice dari Bloody Roar menjadi antara karakter kegemaran dalam francais Bloody Roar. Alice Tsukagami juga kembali dalam banyak siri Bloody Roar yang anda.

Kebolehan perubahan hibrid arnabnya memberikan Alice kombo-kombo yang sangat pantas.

4. Cinderace (Pokemon)

Starter dari Pokemon Sword and Shield ini pasti jadi antara Pokemon Starter paling popular dalam francais Pokemon.

Cinderace juga terkenal kerana gabungan elemen api dengan pemain bola sepak.

5. Cream The Rabbit (Sonic)

Cream-The-Rabbit-RP on DeviantArt | Sonic, Sonic and shadow, Sonic fan  characters

Sonic the Hedgehog juga mempunyai ramai kawan-kawan dari pelbagai jenis haiwan antropomorfik.

Cream bukan sahaja boleh terbang dan meluncur di udara tetapi dia mempunyai Chao yang boleh melancarkan serangan jarak jauh.

Apa lagi karakter-karakter arnab yang anda tahu dalam permainan video?

RELATED NEWS

+