5 lagi para gamer yang berjaya membuat perkara mustahil

Ramai para pemain permainan video di luar sana yang sentiasa menyahut cabaran dan ada yang tidak boleh berhenti sehingga mereka berjaya.

Ini adalah beberapa para gamer yang berjaya membuat perkara mustahil dalam permainan video.

1. Tamatkan semua francais Assassins Creed tanpa turun nyawa

12 permainan Assassins Creed tanpa kena serang walaupun satu nyawa?

Ini bukan perkara mudah dan berjaya dilakukan oleh Hayete Bahadori. Dia memerlukan masa enam bulan untuk menghabiskan cabaran ini.

Dia mula pada awal tahun lalu dan tamat pada April 2022, menghabiskan 950 jam tanpa dicampur jumlah latihan untuk menghabiskan cabaran ini.

2. Level 60 hanya dengan kutip bunga – World Of Warcraft

Double Agent adalah pemain tegar World of Warcraft.

Kini dia kembali dengan perkara tidak masuk akal iaitu naik ke level 60 dengan hanya mengutip jutaan bunga dalam World of Warcraft.

Dia mengambil masa selama beberapa bulan untuk menyiapkannya.

3. Merosakkan permainan Super Mario World

Menggunakan Super Nintendo, pemain ini menukarkan permainan Super Mario World sehingga menjadi Pong dan Snake.

Bayangkan menggunakan alat kawalan Super Mario World dengan merosakkan permainan itu dan menukarkan ia menjadi dua permainan mini baharu.

4. Menghabiskan Dark Souls 3 tanpa kena serang dengan alat kawalan Guitar Hero (Dark Souls 3)

Dark Souls memang terkenal dengan ramai orang cuba bermain menggunakan alat kawalan yang tidak masuk akal.

Dari drum sehingga piano dan pemain ini berjaya menghabiskan Dark Souls 3 dengan menggunakan alat kawalan Guitar Hero tanpa turun satu nyawa pun.

5. Menghabiskan Halo 2 tanpa mati. Cabaran LASO (Halo 2)

Halo 2 terkenal dengan beberapa tempat yang sangat mustahil untuk anda terus hidup dan sudah semestinya akan mati jua.

Cabaran ini dibuat oleh MoistCr1tikal yang juga salah satu Youtuber terkenal yang akan memberikan ganjaran sebanyak AS$20,000 kepada sesiapa berjaya menyiapkannya.

Akhirnya, selepas beberapa bulan seorang pemain berjaya menghabiskan cabaran ini.

Apa lagi cabaran yang anda rasa mustahil tetapi para gamer boleh buat?

RELATED NEWS

+