Blizzard Games kini bakal menutup tirai mereka di China.
Hal ini berlaku apabila persetujuan diantara Blizzard dan NetEase tidak dapat dicapai.
NetEase di China menjadi pengeluar untuk permainan video Blizzard selama 14 tahun.
Blizzaard terpaksa menutup Overwatch 2, World of Warcraft, dan Diablo.
Diablo Immortal setakat ini tidak termasuk dalam persetujuan dengan NetEase.
Laporan ini bermula apabila Blizzard cuba untuk melanjutkan lagi perbincangan selama enam bulan sementara mereka mencari pengeluar yang lain.
Tindakan Blizzard ini membuatkan NetEase mengeluarkan kenyataan mengatakan Blizzard hanya mahu meneruskan rundingan dengan rakan kongsi baharu ketika masa penyambungan kontrak.
NetEase juga mengatakan tiada timbal balik yang sepadan, tidak adil dan juga termasuk apa-apa syarat yang boleh dipersetujui.
Netease dismantled the Warcraft Gorehowl statue in its park and set up a live stream. $NTES rejected Blizzard $ATVI‘s proposal about extending their 14-year partnership for six months to look for a new partner, saying that was non-reciprocal and unfair.https://t.co/Z35BaWer2B pic.twitter.com/lLUb3QsT4W
— CN Wire (@Sino_Market) January 18, 2023
NetEase juga menurunkan patung Warcraft Gorehowl di taman mereka dan juga membuat penstriman secara langsung.
Nampaknya, perkongsian 14 tahun ini sudah berakhir dan mengejutkan orang ramai terutama peminat permainan video Blizzard.
Rujukan: Wowhead