5 mitos bermain permainan video – betul atau tidak?

Permainan video sudah lama menjadi salah satu hiburan yang sangat disalah erti.

Namun, tidak susah untuk melihat kenapa permainan video sering difahami dengan mitos-mitos yang selalunya tidak benar.

Betul, sesetengah permainan akan memberi pengalaman buruk dan para pemain pula banyak memberi tanggapan seolah-olah permainan video sangat tidak baik.

Jadi kita akan melihat sifat sebenar permainan video.

5 Mitos Bermain Permainan Video – Betul Atau Tidak?

1. Permainan Video Merosakkan Otak

What Video Games Do To Your Brain - The Pros And Cons

Menurut kajian dari Universitat Oberta de Catalunya di Spain, 27 orang yang berumur 18 sehingga 40 tahun melihat kemahiran kognitif mereka bertambah ketika bermain Super Mario 64.

“Pemain game tegar sebelum zaman remaja akan mempunyai kelebihan dalam membuat tugasan yang memerlukan memori dan memerlukan anda untuk memanipulasikan informasi dengan lebih mudah,” tambah Marc Palaus.

Bukti dari kajian ini mengatakan permainan video sangat membantu untuk menajamkan minda.

2. Permainan Video Buat Anda Lebih Ganas

Does playing violent video games make people violent? | SiOWfa16: Science  in Our World: Certainty and Controversy

Sudah pasti ini adalah antara kiasan yang paling biasa.

Dikatakan jika anda banyak bermain permainan video ganas anda akan menjadi ganas di dunia nyata dan media selalunya menggunakan sebab ini untuk mengatakan permainan video ganas menjadi punca pemain menjadi ganas.

Namun tuduhan ini gagal menjadi penyebab menurut analisis forensik.

Menurut satu kajian, peserta bermain Grand Theft Auto V dan The Sims 3 atau tidak bermain langsung setiap hari selama dua bulan.

Menggunakan beberapa persoalan dan ukuran tingkah laku untuk menguji agresif, masalah seksis dan isu kesihatan mental.

Kajian itu mendapati permainan video ganas tiada impak negatif untuk apa-apa ukuran.

Sebaliknya banyak kejadian jenayah yang berlaku di luar sana bukanlah satu-satunya berpunca dari permainan video.

3. Permainan Video Membawa Ketagihan

What to Know About Video Game Addiction

Pada tahun 2018, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memasukkan masalah permainan video sebagai salah satu klasifikasi untuk masalah kesihatan mental.

Namun pendebatan ini sangat tidak mencukupi dan dikatakan oleh ramai para akademik sebagai sangat pramatang.

WHO menggunakan salah satu kriteria yang mengatakan permainan video akan menjauhkan mereka dari hobi lain dan permainan video boleh menjadi berbahaya kerana ia asalnya sangat tidak berbahaya.

Menurut beberapa kajian, ketagihan permainan video ini selalunya tidak lama dan akan hilang.

Namun ketagihan seperti loot box pula adalah masalah berjudi bukannya masalah ketagihan permainan video.

4. “Membazir masa”

Debate: Are Video Games a Waste of Time? - YouTube

Kritikan yang paling biasa ialah bermain permainan video membazir masa.

Semua ini bermula dengan percanggahan masyarakat iaitu kenapa bermain permainan video sedangkan anda boleh keluar dari rumah dan menyertai aktiviti sosial?

Namun kreativiti yang didapati dari permainan video sangat membantu kita dalam mendapat pengalaman dunia kita dan dunia fantasi yang sangat lain dari media-media lama.

Banyak permainan video sebenarnya mengajar anda untuk meneroka makna kemanusiaan, mencari makna cinta dan kehilangan dan sudah semestinya pergi ke tempat yang anda tidak boleh pergi hanya dari rumah anda sahaja.

Malah e-sukan dari permainan video popular juga memberikan peluang kepada pemain menjadi berdaya saing dan kompetitif.

5. Hanya Hiburan Semata

Sea Hero Quest, a game that provides data to assist Alzheimer’s research.

Permainan video kini bukan untuk hiburan sahaja.

Ia banyak digunakan untuk memberi bantuan dalam kajian saintifik.

Sebagai contoh untuk permainan bernama Foldit yang digunakan oleh saintis untuk mencari protein yang dapat membantu untuk membuat vaksin bagi COVID-19.

Terdapat satu permainan video, Sea Hero Quest di mana permainan itu berbentuk eksperimen dan data dari permainan ini digunakan untuk kajian navigasi ke serata dunia.

Ini adalah beberapa mitos-mitos permainan video yang sepatutnya tidak dipercayai begitu sahaja.

Pengetahuan sebegini sangat membantu untuk anda menjadi lebih bertanggungjawab sebelum bermain permainan video dan boleh dipraktikkan untuk orang terdekat anda.

RELATED NEWS

+