Youtuber langgar hak cipta, Nintendo minta Youtube padamkan video

Baru-baru ini seorang Youtuber musik yang digelar Gilvasunner dikenakan pelanggaran akta hak cipta dari Nintendo.

Nintendo bertindak mengenakan 3,500 pelanggaran akta hak cipta terhadap Gilvasunner kerana banyak menggunakan musik dari permainan video Nintendo.

Pada mulanya Gilvasunner dikenakan 1,300 pelanggaran akta hak cipta kemudian Nintendo menambah sebanyak 2,200 lagi dan kini berjumlah 3,500.

Pemilik akaun Youtube itu juga memberitahu bahawa dia akan menutup akaunnya selepas 11 tahun berada di dalam industri.

Kejadian ini juga sudah didengari oleh ramai individu lain temasuk MoistCritikal yang juga membuat kenyataan mengenai hal ini.

Sebelum ini terdapat seorang Youtuber anime juga yang sudah menerima tindakan yang sama tetapi hanya sebanyak 150 pelanggaran akta hak cipta.

Tetapi kali ini Nintendo menyerang dengan penuh kuasa sehingga 3,500 aduan dibuat ke Youtube.

Apa pendapat anda? Adakah tindakan ini wajar untuk Nintendo?

TAGS

RELATED NEWS

+