Dua permainan eksklusif PS4 ini akan tiba di Switch

Jika kebanyakan permainan eksklusif tiba di PC, pemain Nintendo Switch, Switch OLED dan Switch Lite pula akan menerima dua permainan eksklusif PS4 pada tahun depan. 

Dua permainan itu ialah 13 Sentinels: Aegis Rim dan .hack//G.U. Last Recode.

13 Sentinels: Aegis Rim ADALAH permainan aksi pengembaraan sidescrolling 2D yang dibangunkan oleh Vanillaware dan diterbitkan oleh Altus/Sega, dilancarkan secara eksklusif untuk PS4 pada 2019. Ia akan tiba untuk Switch bermula 22 April 2022. 

Manakala .hack//G.U. Last Recode pula adalah permainan RPG yang dibangunkan oleh Bandai Namco dan dilancarkan pada 2017. Ia merupakan remaster trilogi yang mengandungi tiga koleksi asal iaitu Rebirth, Reminisce dan Redemption. Last Recode akan tiba di Switch pada 10 Mac 2022.

Ternyata lebih banyak permainan eksklusif PlayStation akan dibawa ke platform lain. Jadi adakah anda teruja untuk bermain permainan ini di Switch anda?

Sumber: ComicBook.

RELATED NEWS

+