5 permainan video paling pelik – tak sangka wujud

Permainan video mempunyai terlalu banyak genre sehingga boleh dikatakan ada sahaja genre baru yang diwujudkan.

Namun, ada juga permainan video yang sangat pelik sehingga membuatkan anda tertanya.

Kenapa permainan video pelik seperti ini wujud?

Pelik tapi benar, permainan sebegini akan mengubah perasaan anda dari berasa menarik sehingga pelik malah ada yang menjelekkan.

1. Katamari Damacy

Katamari Damacy adalah permainan di mana anda hanya perlu membuat bola sebesar yang boleh. Bola itu boleh menjadi sebesar galaksi.

Betul anda tidak salah dengar bola sebesar galaksi.

Cerita permainan ini bermula apabila bapa kepada watak utama yang menjadi Raja/Tuhan segala dunia tersilap dan hampir menghancurkan dunia.

Jadi anaknya akan meneruskan legasi dengan membuat bola terbesar untuk menyelamatkan dunia.

Anda akan mula mengolek semua benda yang wujud dari sekecil-kecil makanan sehingga sebesar-besar planet.

2. Muscle March

Muscle March dilancarkan di Wii Ware sebagai permainan video ritma dan senaman.

Apa yang membuat permainan video ini pelik ialah semua karakter yang anda gunakan adalah lelaki-lelaki hebat berbadan sasa yang menghancurkan apa sahaja dalam perjalanan mereka.

Anda perlu menari dan mengikut ritma lagu yang ada dan mengumpul semua mata selain perlu membuat posisi seperti orang bina badan dalam perlumbaan ini.

3. Seaman

Seaman adalah permainan video klasik di Sega Dreamcast yang keluar pada tahun 2000. Ia adalah permainan video simulasi untuk menjaga ikan.

Tetapi ikan yang anda perlu jaga mempunyai muka manusia.

Anda perlu menjaga ikan berkepala manusia ini dan melihat interaksi mereka dengan anda.

4. Goat Simulator

Siapa sahaja yang tidak pernah mendengar Goat Simulator. Permainan video ini mudah.

Anda akan menjadi seekor kambing dan terdapat beberapa tugasan yang perlu anda buat.

Jika tidak mahu anda boleh menjadi seekor kambing yang boleh meneroka dunia manusia dan buat apa sahaja yang anda mahu.

Dari terbang ke letupan bom sehingga memanjat di tempat yang anda tidak sepatutnya panjat.

5. Japan World Cup – Cinema Keiba

Japan World Cup pada mulanya dipromosikan sebagai permainan video lumba kuda yang sangat normal. Namun, tiada langsung benda yang normal dalam permainan video ini.

Kuda-kuda yang wujud adalah sangat menarik dan pelik. Anda akan berlumba dengan kuda-kuda pelik ini.

Malah ada juga kuda yang tidak masuk akal seperti menggunakan zirafah dan lembu di dalam lumba kuda ini. Ada juga kuda yang boleh berlari dengan dua kaki sambil menari.

Apa lagi permainan video pelik-pelik yang anda sendiri pernah main?

Jawapan terbaik untuk permainan video seperti ini adalah “kenapa tidak?”

RELATED NEWS

+