5 watak hantu paling diingati dalam permainan video

Hantu sudah lama menjadi salah satu bentuk cerita yang berada di dalam budaya manusia untuk masa yang lama.

Dari Maya Karin sebagai Pontianak di dalam Pontianak Harum Sundal malam sehingga ke Pocong sebuah filem hantu dari Indonesia yang banyak menakutkan orang-orang di Malaysia suatu masa dahulu.

Permainan video tidak terlepas dengan peluang ini. Pasti akan anda hantu-hantu yang anda ingati dari permainan video. Ada yang comel dan ada juga yang menakutkan.

5 Hantu paling diingati dalam permainan video:

1. Gengar (Pokemon)

Gengar antara Pokemon Hantu yang paling disukai ramai oleh peminat dan dalam keseraman ada kecomelan. Itulah Gengar.

Pokemon ini mempunyai data dalam Pokedex yang sangat menakutkan. Mulut Gengar di dalam gigantamax form ialah pintu ke akhirat.

Gigantamax Gengar

Sesiapa yang dekat dengan mulut Gengar akan dengar suara orang-orang tersayang memanggil anda sebagai umpan untuk menarik anda ke dunia lain.

2. Boo (Super Mario)

Boo atau nama bahasa jepunnya Teresa adalah hantu dari dunia Mario dan Yoshi.

Disebabkan ini adalah dunia Mario, Boo boleh dikatakan antara karakter hantu yang comel dan menjadi kesukaan ramai peminat francais Mario dan Yoshi.

Boo akan menyerang dengan mengikuti belakang pemain. Apabila anda pusing menghadapnya, Boo akan berpura-pura malu dan takut dengan anda.

Rekaan Boo ini diambil dari cerita yokai di Jepun yang digelar Hitodama bermaksud roh manusia. Hitodama dikatakan roh yang keluar dari manusia yang mati dua ke tiga hari selepas kematian.

There was an easy way to beat this Super Mario World enemy all along -  Polygon

Comel kan? Cukup dengan hantu yang comel. Kita masuk senarai hantu yang menakutkan.

3. Alma (F.E.A.R)

Perkenalkan Alma dari F.E.A.R.. Alma adalah salah satu antagonis utama untuk siri F.E.A.R.

Dikenali sebagai Alma Wade dilahirkan pada Ogos 1979.

Alma dilahirkan dengan kuasa psikik dan selalu mengalami mimpi buruk. 

Bermula pada usia 3 tahun, Alma dijadikan sebagai subjek eksperimen untuk Armacham Technology Corporation.

Alma Wade 1080P, 2K, 4K, 5K HD wallpapers free download | Wallpaper Flare

Alma mati selepas dia mengandungkan anak pertama semasa berusia 15 tahun kemudian anak kedua tahun berikutnya.

Lebih kasihan Alma dibunuh oleh orang yang eksperimenkan dirinya.

Kini Alma menjadi hantu yang menghantui fasilitinya dan akhirnya menghantui seluruh bandar fasiliti itu dan akhirnya ditinggalkan penduduk bandar itu.

4. Sae Kurosawa (Fatal Frame)

Sae Kurosawa menjadi antara hantu paling menakutkan ketika zaman PlayStation 2.

Hantu dari Fatal Frame 2 ini pada asalnya hanya seorang wanita yang hidup di kampung All God’s yang bermaksud semuanya tuhan.

Sae dan kembarnya Yae terpilih untuk menjalani ritual pengorbanan diri yang digelar Crimson Sacrifice Ritual.

Tetapi Sae dan Yae pilih untuk lari dari kampung mereka. Namun, semasa berlari, Yae berjaya melarikan diri tetapi Sae terjatuh dan akhirnya ditangkap oleh penduduk kampung.

Fatal Frame 2: Crimson Butterfly- Meet Sae / The Great Hall Cutscene -  YouTube

Sae terpaksa menjalani ritual pengorbanan itu seorang diri. Sae digantung sehingga mati dan mayatnya dibuang ke dalam Hellish Abyss di tempat ritual pengorbanan itu dilakukan.

Disebabkan pengorbanan ini memerlukan dua orang, pengorbanan Sae menjadi sia-sia dan rohnya kembali dengan penuh niat jahat dan dendam ke atas penduduk kampungnya.

5. Cynthia Velasquez (Silent Hill 4: The Room)

Dari seorang yang cantik ke hantu yang menakutkan, Cynthia Velasquez adalah karakter daripada Silent Hill 4.

Pada mulanya Cynthia menjadi kawan kepada watak protagonis Henry Townshend.

Dibantu Henry, Cynthia ingin melarikan diri dari terperangkap di dalam dunia mimpi di sebuah stesen yang digelar Subway World.

Henry berjaya mencari jalan keluar untuk Cynthia dan Cynthia dibiarkan keseorangan untuk keluar dari stesen itu.

Namun Cynthia diserang oleh Walter Sullivan. Henry yang datang untuk membantunya sudah terlambat dan Cynthia mati di dalam tangan Henry. Henry meninggalkan stesen iitu dan datang semula ke tempat yang sama.

Namun, Cynthia kini bertukar menjadi hantu yang merangkak di atas tanah dan cuba membunuh Henry.

Cynthia Velasquez's Ghost | Silent hill, Silent hill series, Velásquez

Henry berjaya mengalahkan Cynthia dengan menusuk pedang ke badan Cynthia.

Sebagai hantu, Cynthia akan menghantui beberapa tempat di dalam Silent Hill seperti bilik 203 di Apartment World.

Setakat ini sahaja 5 hantu paling diingati di dalam permainan video. Hantu permainan video apakah lagi yang menjadi mimpi ngeri untuk anda?

RELATED NEWS

+