515 eParty: Sertai Cabaran Tarian Jari untuk peluang memenangi wang tunai dan Diamonds

Sambutan 515 eParty bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sekarang berlangsung dan terdapat pelbagai pertandingan menarik untuk para peminat MLBB. Antaranya ialah Cabaran Finger Dance.

Dalam cabaran ini, anda hanya perlu merakam diri anda melakukan tarian jari bersama lagu Party Legends. Tarikh penyertaan adalah dari 30 April sehingga 15 Mei 2020. Semua warganegara Malaysia dan Singapura layak bertanding.

Ada dua cara untuk menyertai cabaran ini:

Cara Pertama

  1. Muat turun lagu Party Legends di sini.
  2. Cipta satu rakaman tarian jari dengan lagu tersebut.
  3. Sertakan tanda pagar #515FingerDance dan #515eParty ke dalam hantaran anda.
  4. Muat naik rakaman tersebut ke laman peribadi Facebook atau Instagram anda (pastikan anda tetapkan rakaman tersebut sebagai umum atau public).
  5. Kongsikan pautan rakaman tersebut di ruangkan komen post FB Cabaran Finger Dance.

Cara Kedua

  1. Cipta rakaman tarian jari anda.
  2. Cari lagu “515 Finger Dance – Party Legends” di aplikasi TikTok dan jadikannya muzik latar.
  3. Sertakan tanda pagar #515FingerDance dan #515eParty ke dalam hantaran anda.
  4. Muat naik rakaman tersebut ke laman peribadi TikTok anda (pastikan akaun anda ditetapkan sebagai umum atau public).
  5. Kongsikan pautan rakaman TikTok anda di ruangan komen post FB Cabaran Finger Dance.

Untuk dapatkan gambaran bagaimana melakukan tarian jari, pihak Moonton telah menyediakan sebuah tutorial yang menarik yang boleh ditonton di laman Facebook MLBB.

Terdapat pelbagai hadiah lumayan yang boleh dimenangi oleh peserta Cabaran Finger Dance termasuklah wang tunai dan juga Diamonds yang boleh digunakan dalam MLBB.

Berikut adalah senarai hadiah yang boleh dimenangi:

  • Hadiah Utama – US$515 (RM2,200)
  • Hadiah Kedua – 3 x US$151.5 (RM650)
  • Hadiah Ketiga – 10 x US$51.5 (RM220)
  • Persembahan Berpasukan Terbaik – 2 x US$151.5 (RM650)
  • Persembahan Solo Terbaik – US$151.5 (RM650)
  • Anugerah Paling Kreatif – 2 x US$151.5 (RM650)
  • Anugerah Paling Lucu – US$151.5 (RM650)
  • Pilihan Kegemaran – US$121.5 (RM520)
  • Hadiah Sagu Hati – 50 x 200 Diamonds

Jika anda rasa anda mempunyai bakat untuk mencipta tarian jari yang menarik atau lucu, pastikan anda tidak ketinggalan menyertai cabaran ini! Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca terma dan syarat cabaran ini di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+