6 Sebab Kenapa Korang Kena Serbu Celcom XPAXKEK Semester 2 Di Paradigm Mall, Johor!

Kemeriahan Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) Semester 2 diteruskan lagi ke Paradigm Mall, Johor Bahru pada Jumaat dan Sabtu ini.

Acara e-sukan antara universiti ini bakal berlangsung pada 27 hingga 28 September akan menyaksikan pertandingan sengit permainan e-sukan popular iaitu Mobile Legends dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile).

Selain pertandingan e-sukan, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang korang boleh sertai dan nikmati. Nak tahu apa yang menyeronokkan di XPAXKEK Semester 2 untuk Zon Selatan? Jom baca 7 sebab korang memang kena berkunjung di Paradigm Mall, Johor pada Jumaat dan Sabtu ini!

 

1. Saksikan persembahan artis oleh Wanie Kayrie, Harris Baba dan Afieq Syazwan

Siapa peminat Wanie Kayrie, Harris Baba dan Afieq Syazwan?

Korang berpeluang untuk saksikan persembahan mereka di atas pentas XPAXKEK Zon Selatan dalam sesi KEK Jam bermula pada pukul 6.30pm pada hari Sabtu.

 

2. Sertai perlawanan terbuka Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO) dan menang hadiah laptop gaming Lenovo Legion.

Selain pertandingan Mobile Legends dan PUBG Mobile, serlahkan bakat terpendam dalam perlawanan CS:GO terbuka untuk semua pengunjung yang ditaja oleh Lenovo Legion.

Dalam format 1 lawan 1 (1 vs 1), pemenang untuk hari pertama dan kedua bakal beradu tenaga untuk memenangi hadiah utama iaitu laptop Legion Y540 manakala pemenang tempat kedua pula bakal membawa pulang monitor gaming Legion Y27q-20 WLED!

Baca lanjut: Review: Lenovo Legion Y540 – Laptop Paling Berpatutan Untuk Gamers

Bagi yang berminat, cepat-cepat daftarkan diri melalui pautan ini sebelum 26 September 2019 untuk hari pertama. Kalau korang tak sempat daftar hari pertama, korang boleh main pada hari kedua yang mana pendaftaran bakal dibuka pada 27 September 2019.

Dekat booth Lenovo nanti, akan ada diskaun istimewa bagi produk Legion! Jangan lupa singgah!

 

3. Tonton perlawanan Mobile Legends dan PUBG Mobile

Untuk Zon Borneo, kita telah menyaksikan pasukan Godz Genesys daripada UMSKAL menjuarai pertandingan Mobile Legends manakala pasukan Acah-acah Gengster Squad mendapat tempat pertama untuk PUBG Mobile di UMS pada 22 September lepas.

Pasukan Zon Selatan manakah yang bakal mengharumkan nama universiti untuk pertandingan dua game e-sukan popular ini pada Jumaat dan Sabtu ini?

Berikanlah sokongan padu kepada pasukan-pasukan yang mara ke XPAXKEK Zon Selatan di Paradigm Mall, Johor Bahru nanti!

 

4. Menang cabutan bertuah dari Realme, Lenovo Legion dan Lazada Malaysia

Acara besar sebegini tak lengkap tanpa pengunjung membawa pulang hadiah menarik melalui cabutan bertuah! Ada hadiah lumayan khas dari Lenovo dan barangan lain dari Realme seperti baju eksklusif, botol air untuk menyihatkan tubuh badan dan sarung. Juga ada tetikus dan gaming headset Rapoo ditaja Lazada (bernilai sehingga RM2,500) sepanjang dua hari ini.

Kalau korang datang pada hari Sabtu dan tunggu sehingga ke akhir acara, korang berpeluang untuk memenangi hadiah Grand Lucky Draw. Nak tahu apa hadiahnya? Jom ajak kawan-kawan korang untuk datang sekali ke Paradigm Mall pada hujung minggu ini!

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk membawa pulang telefon pintar terbaru RealMe dan 1 set monitor Lenovo L22e-20 21.5 inci LED Backlit LCD bersama PC IdeaCentre 510.

 

5. Ketahui lebih tentang industri gaming dan e-sukan

Industri gaming dan e-sukan ternyata semakin berkembang di Malaysia. Kalau korang nak tahu lebih terperinci tentang industri yang semakin rancak di negara kita, korang boleh dengar perbincangan dan pendapat tentang gaming dan e-sukan melalui Sembang Gamers.

 

6. Main game santai-santai dan bawa pulang hadiah!

Siapa kata main game ini membuang masa? Korang boleh relaks dan santai sambil bermain game seperti dalam Beat Saber, Taiko no Tsujin, F1 dan banyak lagi dalam KEK Trial dan berpeluang untuk memenangi hadiah barangan menarik dari Lazada. 

XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Honda Malaysia, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

Untuk maklumat lanjut tentang Celcom XPAXKEK Semester 2, layari laman sesawang utama di sini dan ikuti perkembangan acara ini melalui FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan siaran langsung perlawanan Mobile Legends di setiap zon di Facebook kami.

RELATED NEWS

+