69 juta jumlah pengguna harian di Steam untuk tahun 2021

Steam baru-baru ini sudah mengeluarkan ulasan baru untuk pelantar mereka bagi tahun 2021.

Pelantar ini mahukan dua faktor untuk berjaya iaitu memastikan semua permainan video PC mudah dan pantas untuk didapati serta memberi permainan video yang sangat banyak dan menaikkan ekosistem supaya Steam menjadi yang terbaik untuk pelanggan mereka.

Peningkatan Pelantar Steam

38 juta jam jumlah masa pemain bermain permainan video di Steam. Mereka mencatatkan pengguna sebanyak 132 juta pengguna bulanan untuk tahun lepas sahaja.

Tidak lupa juga 69 juta pengguna aktif harian termasuk 27.4 juta pemain pada masa yang sama.

Jumlah pembelian juga adalah dari 31.2 juta pembeli baharu dengan peningkatan sebanyak 27% pembelian.

Terakhir adalah 21% peningkatan masa dalam bermain permainan video sejak 2020.

Kemaskini Steamworks

Steam juga ada mengeluarkan beberapa kemaskini terbaru untuk Steamworks SDKv1.52.

Versi ini akan membolehkan setiap pengeluar permainan video untuk mengawal permainan video mereka secara autonomi.

Ia bagi mengawal pembukaan dan penutupan playtests, berapa jumlah pemain untuk dimasukkan dan juga pemilihan negara untuk membuat ujian.

Penggunaan alat kawalan juga meningkat kepada 48 juta penggunaan dari semua pengguna Steam dan digunakan sebanyak 10% permainan video harian.

Muat naik juga dibaik pulih untuk menjadi lebih pantas kepada pengeluar permainan video untuk mengemas kini permainan video mereka.

Remote Play

Remote Play juga mendapat peningkatan sebanyak 34%.

Steam Deck

Valve kini juga cuba untuk mengeluarkan Steam Deck bagi memberikan lebih ramai pengguna merasai permainan AAA seperti di PC.

Steam Deck juga banyak memberi inovasi untuk Valve.

Steam dari Valve kini juga mahu menambahbaik lagi untuk tahun akan datang dan mengharapkan maklumbalas dan permintaan dari orang ramai.

Anda boleh membaca maklumat lanjut di lawan sesawang rasmi Steampowered.

RELATED NEWS

+