OlliOlli World mengeluarkan expansion terakhirnya

Artikel ini ditulis oleh Haikal Johari.

Roll7 akan mengeluarkan expansion baharu untuk OlliOlli World yang diberi nama sebagai OlliOlli World: Finding the Flowzone pada 3 November ini.

Ini adalah expansion kedua dan terakhir untuk permainan video yang menerima pujian daripada pelbagai kritik.

Expansion ini akan tersedia secara digital di platform Nintendo Switch, Playstation 4 dan 5, Xbox dan PC.

OlliOlli World: Finding the Flowzone dijual dengan harga RM 39 manakala permainan asasnya, OlliOlli World boleh dibeli dengan harga RM 95 di Steam.

Anda juga boleh membeli bundle siri ini yang diberi nama OlliOlli World Rad Edition dimana ia akan mempunyai permainan asasnya dan tiga expansion iaitu OlliOlli World: VOID Riders, OlliOlli World “Close Encounter Skate Deck” dan expansion terbaharu, OlliOlli World: Finding the Flowzone.

OlliOlli World adalah judul ketiga dalam siri OlliOlli, sebuah platform aksi papan selaju di mana anda boleh bertemu dengan pelbagai karakter serta bermain papan selaju dan menjelajah dunia Radlandia.

Expansion OlliOlli World: Finding the Flowzone mengisahkan tentang Radmospheric Three yang mahu menghalang B.B Hooper untuk memanipulasi sebuah kota yang tersembunyi di atas langit.

RELATED NEWS

+