ini, Abang Lord memuat naik satu video Tiktok mengatakan dia sudah berjumpa dengan Moonton untuk membincangkan isu itu."> ini, Abang Lord memuat naik satu video Tiktok mengatakan dia sudah berjumpa dengan Moonton untuk membincangkan isu itu." /> ini, Abang Lord memuat naik satu video Tiktok mengatakan dia sudah berjumpa dengan Moonton untuk membincangkan isu itu." />

Abang Lord buat laporan, isu sedang disiasat

Berikutan isu integriti yang sedang disiasat oleh pihak Moonton sebelum ini, Abang Lord memuat naik satu video Tiktok mengatakan dia sudah berjumpa dengan Moonton untuk membincangkan isu itu.

@mabesports Kata kata dari Abg Lord tentang isu yang berlaku sekarang #mabesports #bringiton ♬ original sound – MAB ESPORTS

“Saya sudahkan serahkan segala bukti kepada pihak Moonton dan pihak Moonton sedang menyiasat. Segala keputusan yang dilakukan oleh pihak Moonton akan saya hormati. Sekiranya ada pihak yang terkesan dengan keputusan ini maka saya ingin memohon maaf.

“Saya hanya menuntut keadilan bagi pihak saya dan MAB. Selain itu untuk masa depan generasi-generasi baru e-sukan Malaysia,” ujar Abang Lord.

Terdahulu, isu itu didakwa terjadi ketika pasukan MAB menentang Mikey di peringkat separuh akhir pusingan kelayakan MPL MY musim ke-9. Menurutnya, ada individu didakwa menggantikan pemain pasukan Mikey ketika bermain di pusingan kelayakan.

Ini menyebabkan mereka mengalami kekalahan dan Abang Lord ingin menuntut keadilan untuk membawa isu ini ke pihak atasan. Apakah yang akan terjadi selepas ini? Sama-sama kita nantikan kata putus dari pihak Moonton berkaitan isu ini.

RELATED NEWS

+