Acer Malaysia baru-baru ini melancarkan edisi terbaru untuk komputer riba Predator Helios iaitu Helios 16 dan Helios 18.

Helios 16
Kedua-dua komputer riba Predator Helios 16 dan Helios 18 dikuasakan oleh Intel Core i9 Generasi ke-13 dan NVIDIA Geforce RTX 4080 yang menjadikan kedua-dua komputer riba gaming ini yang tercanggih dan paling berkuasa dalam pasaran setakat ini.

Helios 18
Komputer riba baru ini membolehkan ‘multitasking’ yang lebih efisyen dan boleh bermain permainan video tanpa gangguan.
Kedua-dua juga dilengkapi RAM DDR5-5600 Mhz sehingga 32 GB dan SSD PCIe Gen4 NVMe sehingga 2 TB.
Komputer riba Predator Helios dilengkapi dengan paparan DCI-P3 100% dengan resolusi WQXGA (2560×1600) dengan kadar segar semula sehingga 240Hz untuk imej yang lancar.
Bagi mengekalkan suhu komponen, kipas besi 5th Gen AeroBlade 3D yang direka kas dan paip haba vektor yang berbentuk empat segi digunakan untuk pelepasan haba yang lebih baik.