RSG, Team SMG, SGD dan Team Setup akan mewakili Malaysia ke Predator League Grand Final di Jepun

Pasukan Dota 2 negara, RSG layak ke Grand Final Liga Predator 2022 di Jepun selepas menewaskan rakan senegara, Atlantis di pusingan final 3-2 yang begitu sengit semalam.

Final itu diadakan di ESI Hub yang bertempat di Spacerubix, Puchong yang mana menyaksikan mereka membawa pulang wang tunai RM11,000 dan kerusi gaming Predator sebagai juara.

RSG dianggotai oleh

– Wong “mks” Sim An
– Ng “xsilearn” Anwei
– Lee “X1aOyu” Qian Yu
– Trần“xiaobonbon” Hoàng Minh Quý
– Roger Tan “Roddgee” Boon Thye

Pemenang di tempat kedua bawa pulang RM7,500 dan fon kepala gaming Predator Galea 350.

Pemenang kategori PUBG, SGD (kiri) dan Team Setup (kanan)

Mereka bersama Team SMG (jemputan) dan dua lagi pasukan PUBG iaitu SGD (juara kategori PUBG) dan Team Setup (tempat kedua PUBG) akan mewakili negara untuk merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$400,000 dan Perisai APAC Predator League.

Sebanyak 48 pasukan mendaftar untuk Dota 2 dan PUBG: BATTLEGROUNDS di pusingan kelayakan Liga Predator Malaysia 2022.

Grand Final Liga Predator Asia Pasifik 2022 akan diadakan pada 11-13 November ini yang mana menyaksikan penyertaan dari 15 negara di serata rantau Asia Pasifik.

RELATED NEWS

+