Age akan menjadi jurulatih Bigetron Alpha, bukan Jamesss

Bigetron Alpha adalah salah satu pasukan akan bertanding di MPL Indonesia musim ketujuh nanti.

Ramai yang menyangka bekas jurulatih RRQ, Jamesss akan melatih pasukan BTR tapi nyata ia tidak tepat.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Bigetron Esports (@bigetronesports)

Kali ini, Steven Age menjadi jurulatih BTR yang mana beliau sebelum ini merupakan penganalisis bagi skuad tersebut. Beliau menggantikan Amoux yang kini bersama Geek Fam Malaysia.

Pastinya Steven akan membawakan perubahan kali ini sebagai jurulatih dengan mencadangkan meta terkini dan strategi baru untuk Alpha.

Sementara itu, pemain Malaysia, Muhammad Arif Abdul Halim atau Rippo dinaikkan sebagai pemain utama BTR Alpha bagi menghadapi musim liga MPL ID musim ketujuh.

RELATED NEWS

+