Ahmad kekal dalam roster Alter Ego untuk MPL ID musim kelapan

Baru-baru ini pasukan Alter Ego sudah mengumumkan roster mereka untuk MPL ID musim kelapan. Namun begitu, Ahmad tidak kelihatan di dalam perkongsian video pengumuman itu di Youtube. 

Ramai di antara peminat masih lagi percaya bahawa Ahmad akan kekal berada di dalam pasukan meskipun hanya bermain sebagai pemain simpanan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Di perkongsian posting Instagram @emak_moba, Ahmad dikatakan masih berada di gaming house Alter Ego untuk berkumpul bersama pasukan itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Alter Ego e-Sports (@alteregoesports)

Oleh kerana provokasi dan sikap ingin tahu netizen yang tidak pernah henti menanyakan perkara ini, Alter Ego akhirnya mengumumkan Ahmad masih kekal menjadi roster untuk musim kelapan.

Persoalannya adakah Ahmad akan bermain di dalam skuad utama ataupun dijadikan sebagai pemain simpanan kali ini? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+