AI canggih baharu di Siri Samsung Galaxy S24 – Ini 5 fungsi menarik yang korang perlu tahu

Samsung kali ini mengumumkan Siri S terbaharu mereka iaitu Siri Samsung Galaxy S24 membawa revolusi pengalaman telefon pintar ke era baru yang bakal mencipta dan mengubah cara korang merakam kenangan, berkomunikasi dan mencipta kandungan video.

Evolusi ini juga membuka ruang baru buat kategori telefon pintar dengan Galaxy AI. Kecerdasan Buatan (AI) kini mengembangkan banyak konsep baharu dari Samsung. Ia pastinya akan memudahkan kehidupan seharian korang menjadi lebih mudah dan fleksibel.

Memperkenalkan Galaxy AI, Siri Samsung Galaxy S24:

Siri Samsung Galaxy S24 mempunyai beberapa fungsi yang pasti sangat membantu korang dalam kehidupan seharian.. Tanpa menggunakan aplikasi lain, Siri Samsung Galaxy S24 akan membantu korang untuk berkomunikasi dengan lebih baik.

1. Bantuan Suara Panggilan (Call Assist)

Siri Samsung Galaxy S24 berupaya untuk menterjemah bahasa melalui suara atau panggilan. Korang tidak perlu aplikasi ketiga untuk berkomunikasi dan menterjemah suara dari pelbagai bahasa.

2. Bantuan Menulis (Chat Assist)

Chat juga boleh diterjemah secara langsung dari pelbagai bahasa. Intonasi korang juga akan berubah mengikut AI itu sama ada menulis secara profesional ataupun tidak bagi media sosial korang. Sudah semestinya bantuan untuk mengubah chat dalam game akan membantu komunikasi.

3. Bantuan Nota (Note Assist)

Bantuan Nota ini adalah untuk menyusun semula nota korang supaya lebih cantik dan mengikut format. Nota itu juga mudah untuk perkongsian terutama  untuk  gamers yang suka menyalin ‘tips and tricks’ atau gemar mengadakan panduan sendiri kepada gamers lain.

4. Bantuan Foto (Photo Assist)

Bantuan foto ini boleh membantu korang untuk banyak jenis gambar yang diambil.

Latarbelakang gambar juga boleh diubah sudut dan latarbelakang baharu akan direka untuk mengisi ruang-ruang kosong. Korang juga boleh mengubah komposisi gambar dengan menggerakkannya atau mengubah saiz objek. Gambar akan jadi lebih cantik lepasni!

Bantuan foto ini sangat sesuai untuk para gamer yang mahu berkongsi tangkap layar skrin mereka dengan mengubah apa yang mereka mahu.

5. Pencarian dalam bulatan (Circle to Search with Google)

Jika korang suka sesuatu di laman media atau laman web, korang hanya perlu membulatkan objek tersebut tanpa perlu melakukan pencarian. 

 

Pra-tempah sekarang!

Korang kini boleh pra-tempah Siri Samsung Galaxy S24 dan layak untuk mendapat promosi terkini bermula 18 Januari – 6 Februari 2024.

Apa yang korang akan dapat dengan tempahan awal ni:

  1. Naik taraf storan bernilai RM500
  2. e-baucar bernilai RM500
  3. Rebat penukaran telefon sehingga RM650
  4. Tawaran pembelian dengan pembelian seperti peranti boleh pakai (wearables) dan Tablet (sehingga RM800), Samsung Care+ dan Aksesori (sehingga potongan 45%)

Pengalaman AI dalam kehidupan harian pastinya akan mengubah pengalaman gaming korang jadi lebih interaktif dan menarik jadi tunggu apa lagi, pra-tempah sekarang untuk rasai kehebatan AI.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman rasmi Samsung untuk maklumat lanjut dan mana-mana pengedar rasmi produk Samsung.

RELATED NEWS

+