Sertailah cabaran Alliance Bank’s Finger on App yang akan bermula 20 Oktober sehingga 29 Oktober 2023 ini!
Apa itu Cabaran Alliance Bank’s Finger on App?
Cabarannya mudah – anda perlu menyertai dua sesi iaitu dengan hanya meletakkan jari anda di telefon untuk selama mana yang mungkin bagi memenangi banyak ganjaran!
Terdapat juga ganjaran pulangan wang sehingga RM300 dan sudah semestinya hadiah utama RM100,000 termasuk menempa nama dalam Malaysia Book of Records.
Hadiah-hadiah yang boleh dimenangi melalui cabaran Alliance Bank’s Finger on App.
Cabaran Alliance Bank’s Finger on App akan mempunyai dua sesi:
Sesi 1: 20 Oktober – 22 Oktober 2023
Dalam sesi pertama, pemilik Alliance Bank Visa Virtual Credit Card (VCC) akan berpeluang untuk memenangi pulangan wang sebanyak RM1 untuk setiap minit dan dihadkan pada RM300.
Sesi 1 akan bermula pada 20 Oktober 2023 8 malam dan berakhir pada 22 Oktober 2023 11.59 malam.
Jika anda berminat untuk memenangi pulangan wang, anda boleh sertai Sesi 1 dengan mendaftar Alliance Bank Visa Virtual Credit Cardholder.
Langkah selanjutnya:
- Langkah 1: Muat turun aplikasi allianceonline di App Store atau Goole Play
- Langkah 2: Klik ikon VCC yang berada di atas kanan aplikasi.
- Langkah 3: Daftar VCC dengan memberikan maklumat serta dokuman yang diperlukan.
- Langkah 4: Anda akan menerima notifikasi dan SMS untuk menerima atau menolak dari aplikasi.
Itu sahaja yang anda perlu buat dan anda kini memiliki Alliance Bank Visa Virtual Credit Card dan berpeluang untuk memenangi pulangan wang dari Cabaran Alliance Bank’s Finger on App Sesi 1.
Jika anda bukan pemegang Alliance Bank Visa Virtual Credit Card, anda masih boleh menyertai Sesi 1 sebagai latihan untuk Sesi 2 yang mempunyai hadiah utama RM100,000.
Daftar dengan mengikuti langkah dibawah untuk menyertai mana-mana sesi:
- LANGKAH 1: Pergi ke laman rasmi kempen.
- LANGKAH 2: Isi borang pendaftaran untuk pengesahan.
- LANGKAH 3: Cuba tutorial permainan dan fahami terma dan syarat.
- LANGKAH 4: Setelah permainan bermula, letakkan jari di skrin dan ikut pergerakan mengikut cabaran yang diberi.
Sesi 2: 27 Oktober – 29 Oktober, 2023
Khas buat anda yang mahukan cabaran lebih besar, Sesi 2 membawa hadiah utama sebanyak RM100,000!
Bukan itu sahaja, pemenang hadiah utama juga bakal menempa nama di Malaysia Book of Records sebagai individu yang meletakkan jari di atas telefon pintar paling lama.
Ini masa untuk anda bermegah-megah dengan keluarga dan rakan-rakan.
Sesi 2 akan bermula pada 27 Oktober 2023 8 malam dan berakhir pada 29 Oktober 11.59 malam.
Tip: Pastikan telefon pintar anda dicas sepenuhnya dan banyak berlatih semasa proses tutorial. Mungkin peluang untuk anda menang akan menjadi lebih besar!
Jadi apa itu Alliance Bank Visa Virtual Credit Card (VCC)?
Kad Alliance Bank VCC berfungsi sama seperti kad biasa tetapi dengan lapisan keselamatan tambahan.
Nombor pemegang kad VCC tidak didedahkan kepada mana-mana pihak atau pelantar ketika transaksi. Sebaliknya, pengguna akan menjana nombor 16-digit Dynamic Card Number (DCN) secara rawak.
Ini bermakna, VCC Alliance Bank memudahkan anda kerana ia berada di dalam aplikasi telefon pintar dan sudah pastinya lebih selamat.
Tambahan lagi, pengguna kad juga boleh mengawal dan mengehadkan jumlah perbelanjaan dan mengubah tarikh luput.
Lebih menarik, anda boleh mewujudkan lebih dari satu kad yang berlainan dengan had perbelanjaan dan tarik luput berbeza untuk pelbagai jenis keperluan.
Siapakah yang boleh sertai Cabaran Alliance Bank Finger on App?
Cabaran ini terbuka kepada semua orang yang memenuhi kriteria tersebut:
- Warganegara Malaysia dengan kad pengenalan;
- Mempunyai nombor telefon bimbit Malaysia yang sah; dan
- Alamat email yang sah