Samsung Galaxy A52: Adakah ini peranti bawah RM1,500 terbaik untuk gaming?

Samsung Galaxy A52 baru saja dilancarkan baru-baru ini dan penulis berpeluang cuba main beberapa game yang popular dan sering dimainkan.

Dengan harga RM1,499, mampukah Samsung Galaxy A52 menjadi pilihan untuk gamers dengan bajet kurang RM1,500? Jom baca lebih lanjut.

 

Spesifikasi

  • Paparan: Super AMOLED FHD+
  • RAM: 8GB
  • Bateri: 4,500 mAh (pengecasan pantas 25W)
  • Storan: 256GB (sokongan kad mikro SD hingga 1TB)
  • Kamera: Kuad-Kamera (64.0 MP + 12.0 MP + 5.0 MP + 5.0 MP), kamera depan 32 MP
  • Berat: 189g
  • Audio: Stereo Speakers
  • Harga: RM1,499

 

Mobile Legends: Bang Bang

Sewaktu mencuba permainan mudah alih kegemaran ramai, Mobile Legends: Bang Bang, penulis mendapat ia boleh dimainkan dengan begitu lancar. Pada tetapan grafik dan fps paling tinggi, tiada masalah stutter dan sebagainya.

Sama juga dengan kawalan butang yang mana pergerakan lancar dan responsif kepada sentuhan.

 

PUBG Mobile

Permainan mudah alih Battle Royale, PUBGM pula dimainkan dengan fps yang tinggi tapi grafik hanya berpuas hati di tetapan HDR. Tiada pilihan untuk menaikkan lagi kualiti grafik ke Ultra.

Bagaimanapun, gameplay adalah sangat lancar tapi peranti ini akan berasa sedikit panas apabila aplikasi ini dibuka lebih lama. Tapi tiada apa yang perlu dirisaukan.

Dari segi grafik pula, setiap objek adalah sangat jelas. Pokok-pokok, bangunan boleh nampak dengan jelas begitu juga dengan musuh. Saya boleh nampak mereka daripada jauh dan terus snipe. Kualiti audio juga boleh tahan untuk main tanpa menggunakan fon telinga.

 

GENSHIN IMPACT

Bagi permainan mudah alih popular lain iaitu Genshin Impact yang menggunakan tetapan grafik tinggi, ia tidak ada masalah lag atau stutter dan boleh dimainkan dengan baik. Meskipun ia akan sedikit panas tapi taklah sampai rasa tak selesa pegang di tangan.

Dari segi gameplay, ia berasa sangat lancar tapi bahagian loading akan ambil sedikit masa. Bagi Genshin Impact ini, penulis menggunakan tetapan low, medium textures dan 60fps.

Permainan ini juga responsif dan tidak ada masalah.

 

Call of Duty Mobile

Bagi permainan FPS, tak menjadi begitu masalah kerana kadar bingkai adalah lancar dan saiz skrin yang besar serta paparan AMOLED membuatkan pengalaman bermain menjadi lebih baik.

Injustice 2 juga menggunakan tetapan grafik tinggi dan peranti ini mengalamai sedikit lag tapi tidaklah begitu ketara. 

Wild Rift juga boleh dimainkan dengan 60fps dan satu perlawanan akan memakan lebih kurang 9 peratus bateri. Pengalaman bermain di peranti ini juga lancar dan ia agak panas namun boleh diatasi dengan menggunakan cover di belakang peranti.

RELATED NEWS

+