Alasan Kairi ke Indonesia kerana ada jurulatih Yeb yang ikut bersama

Gaji enam angka (dalam kiraan matawang Peso) dan kemahirannya sebagai pemain profesional Mobile Legends dalam posisi jungler pasti menjadi faktor bagi pemain Filipina, Kairi Ygnacio Rayosdelsol atau Kairi berhijrah ke pasukan Indonesia, ONIC ID.

Dalam satu temubual bersama media Indonesia, ONE Esports, Kairi mengatakan faktor utama perpindahannya ke ONIC ID adalah disebabkan oleh jurulatihnya, ‘Coach Yeb’ sendiri.

“Mungkin apabila mendapat berita yang jurulatih Yeb akan ikut bersama saya. Yang sebenarnya, saya pasti tak boleh dapatkan restu dari keluarga untuk pindah ke Indonesia dan saya rasa memang tak mampu kalau (ke sana) bersendirian,” katanya.

Malah, jurulatihnya juga senada dengan keputusannya dan mengaku dia ke Indonesia juga atas faktor sama.

Ia realistik bagi pemain yang berusia muda (bawah 20 tahun) untuk mendapatkan restu keluarga dan memilih untuk ada penjaga bagi memantau perkembangannya.

Ini kerana bukan semua keluarga lagi-lagi di Filipina yang akan membenarkan anak mereka merantau mencari rezeki bersendirian pada usia begitu muda.

Ahli pasukan ONIC ID ketika ini di MPL ID S10:

  • Drian
  • Kiboy
  • SamoHT
  • CW
  • Butsss
  • Sanz
  • Kairi

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+