Alien Isolation Dijual Pada Harga RM4 Sempena Hari Alien

Francais filem Alien merupakan salah satu francais paling terkenal dalam genre sains fiksyen. 26 April ialah Hari Alien (tarikh sambutan francais tersebut) dan ia dinamakan sempena bulan yang muncul dalam filem pertama Alien iaitu LV-426.

Sempena Hari Alien, Sega mengadakan sebuah jualan Hari Alien di Steam yang menawarkan pelbagai permainan dan kandungan tambahan Alien: Isolation, Aliens Colonial Marines, dan Aliens VS Predator pada harga yang murah.

Tawaran yang paling menarik dalam jualan ini semestinya permainan seram Alien: Isolation yang dijual pada harga RM3.75. Harga biasa permainan ini ialah RM75. Jika anda belum main judul ini, ini adalah peluang yang bagus untuk mencubanya!

Jualan ini akan berakhir pada 29 April 2020. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan antara permainan seram yang memenangi banyak anugerah pada harga yang sangat murah!

Sumber: SEGA

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+