Alita: Battle Angel Berjaya Raih Kutipan USD32 Juta

Jangkaan box office untuk Alita: Battle Angel nampaknya tak berapa bagus. Ada yang mengatakan ia tak akan meraih kutipan begitu tinggi pada tayangan hujung minggu. Tapi bagaimanapun, pasaran Amerika Syarikat masih belum ditayangkan filem ini.

Di Asia, ia berjaya mengaut USD32 juta mengikut laporan Box Office Mojo. Ia dijangka akan terus meningkat kerana komik itu sendiri yang popular dan juga Tahun Baru Cina. Walaupun belum ditayangkan di China, ia sudah pun popular di 11 pasaran di Asia dan paling banyak kutipan di Korea.

Penganalisis juga menjangkakan Alita: Battle Angel akan mengaut USD25 juta ketika tayangan sepanjang minggu Hari Kekasih. Amaun itu tidaklah besar dan mungkin mengecewatakan kerana filem ini mengambil masa 20 tahun untuk menjadi kenyataan. Dengan bajet sekitar USD150 juta hingga USD200 juta, Amerika dan China adalah rantau yang menjadi sasaran untuk meningkatkan hasil jualan tiket.

Sebagai contoh, Avatar dan Titanic berjaya mengaut keuntungan USD204 juta dan USD43.9 juta di China saja kerana penglibatan James Cameron sendiri.

Baca lanjut: Review: Alita: Battle Angel

RELATED NEWS

+