Tan Sri Michelle Yeoh Akan Membintangi Avatar 2

Tan Sri Michelle Yeoh akan ke Pandora. Ya, korang tak salah baca.

Aktres veteran negara ini akan berlakon dalam Avatar 2 arahan James Cameron! Beliau akan membawakan watak sebagai seorang ahli sains bernama Dr. Karina Mogue yang masih belum didedahkan sepenuhnya lagi mengenai karakternya.

“Sepanjang karier beliau, Michelle selalu mencipta karakter yang unik dan diingati,” kata Cameron. “Saya sedia bekerjasama dengan Michelle untuk sekuel Avatar,” 

Tan Sri Michelle juga bakal membintangi Avatar 3 mengikut sumber dari Wikipedia yang menyenaraikan nama beliau sebagai pelakon dalam filem itu.

Avatar 2 dijangka akan menjengah pawagam pada 18 Disember 2020 dan Avatar 3 pada 17 Disember 2021. 

Selain itu, beliau akan berlakon disamping Zoe Saldana, Sam Worthington, Sigourney Weaver dan Kate Winslet. 

Sumber: Variety

RELATED NEWS

+