Review: Alita: Battle Angel Padat Dengan Aksi Tapi Karakter, Plot & Worldbuilding Kurang Menyerlah

10 tahun kita menunggu sekuel Avatar tapi ia belum lagi dikeluarkan. Sebaliknya, kita disajikan dengan Alita: Battle Angel, filem terbaru arahan Robert Rodriguez dan diterbitkan oleh James Cameron dan Jon Landau. Ia berdasarkan manga Gunnm oleh Yukito Kishiro.

Sebut saja James Cameron, akan terbayang worldbuilding yang sangat kompleks dan imersif seperti terdapat dalam Avatar dan nyata, Alita menggunakan resepi yang sama malah tak mengecewakan. Tidak seperti Divergent ataupun Mazer Runner mahupun Hunger Games, Iron City (bandar dalam filem ini) dihasilkan begitu teliti dan penuh detail.

Ini adalah pendapat peribadi penulis mengenai filem ini dan tidak mewakili mana-mana pihak.

AMARAN: Pembacaan lanjut terkandung SPOILERS

Konsep filem ini sangat straightforward. Pada tahun 2500-an, selepas The Fall, dunia distopia kini menyaksikan Zalem (bandar terapung dihuni oleh golongan elit) membuang besi dan barang tidak berguna ke bumi untuk digunakan oleh penduduk Iron City bagi menjana elektrik, membina rumah dan sebagainya (penduduk Iron City sebenarnya bekerja untuk Zalem).

Elemen kejutan diteruskan dengan kehadiran Dr. Ido (Christoph Waltz) yang menemui kepala cyborg (Alita) tak lagi digunakan dan otaknya masih berfungsi. Kehidupan mereka berubah apabila Alita diberikan tubuh baru dan berfungsi kembali sebagai cyborg. Dalam kehidupan masyarakat di Iron City yang caca merba dan tidak ada undang-undang, ramai yang mengidamkan untuk berada di Zalem dan menjalani kehidupan mewah dan tiada jenayah.

Alita juga mempunyai misi yang sama. Dia hilang ingatan dan ingin kembali ke Zalem kerana ingin mencari kebenaran.

Long story short, elemen yang memfokuskan kepada ingatan, memori, dan hubungan kekeluargaan ditekankan di sini. Christoph Waltz yang memenangi dua kali anugerah Oscar juga memang hebat lakonannya dan berjaya menyelamatkan filem ini yang ketandusan idea baru disebabkan plot yang agak tidak teratur.

Lebih banyak persoalan timbul apabila penonton berjaya melepasi act pertama dan kedua yang mana final act membuatkan korang lebih damba untuk sekuel. Ini kerana elemen love story di dalamnya iaitu antara Hugo (ala-ala bad boy) dan Alita membuatkan filem ini terasa kurang menyengat.

Bukan saja love story seakan dipaksa tapi penonton juga tak diberikan babak sepatutnya untuk menghargai kisah romantis antara cyborg dan manusia ini. Penulis sendiri tidak dapat menghayati kisah mereka kerana masa 2 jam 22 minit tidak digunakan sebaiknya untuk memfokuskan elemen ini. Sebaliknya 142 minit itu hanya terisi dengan aksi dan tiada pengenalan kepada setiap pelosok Iron City serta elemen kemanusiaan lain yang terdapat di dalamnya.

Bayangkan saja, bagaimana manusia boleh hidup dengan damai bersama cyborg yang jauh lebih merbahaya?

Dalam usaha untuk ke babak akhir itu, penonton dikejutkan dengan kehebatan Alita yang kelihatan dalam jasad gadis biasa sebenarnya mahir berlawan. Apabila Alita mula beraksi, menghancurkan kepala cyborg dengan buku lalinya ataupun memotong badan penjahat ini dengan Pedang Damascus miliknya, Rodriguez ternyata hebat menjayakan babak ini sementara mengekalkan rating P13 untuk tontonan kanak-kanak dengan pengawasan ibu bapa.

Yang paling utama sekali, hubungan ‘ayah’ dan anak antara Ido dengan Alita juga hanya disentuh sedikit dan tidak diteroka sepenuhnya. Malah, penonton terpaksa mengikuti kisah cinta antara Alita dan Hugo yang diperlukan untuk build up kepada sekuel bermotifkan dendam (korang kena tengok filem ni baru tahu kenapa).

Pada babak akhir, kelihatan Alita cuba menjadi juara akhir untuk Motorball, bagi mendapatkan tiket percuma untuk ke Zalem tapi penonton dibiarkan menanti untuk saat itu. Adakah Alita akan menang dan berjaya ke Zalem? Itu persoalannya dan cliffhanger terbesar dalam filem ini.

Saksikan Alita: Battle Angel sekarang di pawagam berdekatan.

Daftar sekarang untuk kejohanan e-sukan kampus terbesar di Malaysia! Ada game Mobile Legends, PES 2019 dan Dota 2, khas untuk pelajar universiti sahaja! 

KLIK LINK INI UNTUK MENDAFTAR.

Info lanjut, layari laman web ini dan Facebook kami.

RELATED NEWS

+