Alter Ego umum lineup, tiada Ahmad bermain di MPL ID musim kelapan

Pasukan Alter Ego adalah salah satu pasukan yang menyerlah di regular season MPL Indonesia musim ketujuh. Mereka mempunyai rekod tanpa kalah pada peringkat awal permainan. Namun begitu, selepas Moonton melancarkan kemaskini terbaru, Alter Ego mula kecundang untuk mengadaptasi meta terkini.

Leomurphy yang sebelum ini mempunyai prestasi yang sangat cemerlang juga terkena tempias dari kemaskini itu. Mereka mula mengalami kekalahan berulang kali dan akhirnya gagal untuk meneruskan misi mereka merangkul gelaran juara.

Mereka tewas di tangan pasukan BTR merangkap rival mereka sendiri. Kini Alter Ego kembali dengan semangat yang lebih kuat untuk memberikan saingan hebat di dalam musim kelapan ini.

Alter Ego sudah berkongsi barisan pemain mereka di dalam pautan video di atas. Mereka adalah Udil, Pai, Leomurphy, Nino, Celiboy dan Rasy. Rasy adalah salah seorang bekas pemain Onic Esports yang dibawa masuk ke dalam pasukan baru-baru ini. Beliau adalah salah seorang tanker handalan di arena e-sukan Mobile Legends.

Selain itu, Yam, Ahmad dan Caesisus juga tidak menyertai MPL ID musim kelapan kali ini. Ahmad adalah salah seorang pemain offlaner terbaik mereka sebelum ini, handal menggunakan Benedetta dan membawa meta langgar Johnson ke dalam pertandingan.

Tidak banyak berubah di dalam barisan pemain pasukan Alter Ego kali ini, mereka masih mengekalkan pemain dari musim lepas. Mungkin ini salah satu cara pasukan itu untuk mendapatkan gelaran juara oleh kerana mereka sudah selesa bermain antara satu sama lain.

RELATED NEWS

+