Among Us: karakter ‘hantu’ ada peluang jadi ‘penyelamat’ dalam kemaskini akan datang

Among Us adalah permainan fenomena yang membuatkan semua orang menyukainya. Ia memasukkan elemen ‘fitnah’ dan membuatkan pemain menuduh sesama sendiri selain belajar untuk bekerjasama dalam satu pasukan. Itu yang membuatkan Among Us seronok.

Bagaimanapun, jika anda dibunuh pada awal permainan, tugas anda sebagai ‘hantu’ adalah menyelesaikan tugasan dan mengikut Impostor. Itu saja yang anda boleh lakukan.

Dalam satu strim di Twitch yang ditulis kembali oleh Inverse, Innersloth yang diwakili oleh tiga orang ditanya bagaimana Among Us akan membuat perubahan pada gaya permainan karakter ‘hantu’. Ada satu soalan yang mengatakan ‘hantu’ patut mempunyai keupayaan membuka pintu yang ditutup Impostor. 

Pembangun, Innersloth mengatakan ia boleh dipertimbangkan.   

“Kami ingin menjadikan ‘hantu’ lebih seronok dimainkan. Kalau anda dibunuh awal, sangat tak seronok. Permainan anda akan bosan,” kata pembangun, Marcus Bromander, Forest Willard dan Amy Liu.

Oleh itu, Innersloth ada perancangan menjadikan ‘hantu’ sebagai penyelamat atau ‘guardian angel’ pada masa akan datang.

Sumber rujukan: ScreenRant

RELATED NEWS

+