‘Emergency Meeting’ Among Us minggu hadapan

Innersloth, pembangun Among Us mengumumkan sebuah acara khas akan diadakan bersiaran langsung pada minggu hadapan.

Diumumkan melalui Twitter permainan Among Us, mereka menyatakan acara Emergency Meeting itu diadakan untuk pembentangan mengenai kemaskini terbesar Among Us buat masa akan datang. Selain informasi mengenai peranan baru dan satu perkara yang dirahsiakan.

Acara itu akan diadakan pada 9 November pada 11.00 pagi PST (9 pagi waktu Malaysia) di saluran YouTube Among Us. 

Among Us kini tersedia untuk pengguna PC, Nintendo Swith dan peranti mudah alih. Among Us akan tiba di PS4, PS5, Xbox Series X dan Xbox One pada 14 Disember ini dan pelanggan Xbox Game Pass dikatakan boleh dapatkan permainan ini secara percuma.

Sumber: ComicBook.

RELATED NEWS

+