Amoux kembali ke Geek Fam

Bekas ketua jurulatih Bigetron Esports, Ariff Iswandi atau Amoux kini kembali ke organisasi e-sukan di Malaysia, Geek Fam sebagai ketua jurulatih untuk divisi MLBB.

Amoux sebelum ini pernah bersama Geek Fam dan Todak sebelum berhijrah ke Indonesia buat seketika untuk mendapatkan pengalaman dalam arena profesional MLBB.

Pastinya berita ini mengujakan peminat Geek Fam kerana Amoux sebelum ini membantu Geek Fam mendapat keputusan cukup bagus di MPL MYSG dan juga membantu Todak mendapat tempat ketiga di kejohanan dunia, M1.

Penyertaan Amoux ini pastinya bagi menghadapi MPL yang seterusnya tahun depan.

Foto: Geek Fam Mobile Legends Malaysia

RELATED NEWS

+