“Ancaman terbesar kami adalah RRQ Hoshi,” – RSG PH

Menerusi sebuah hantaran Instagram SPIN Esports, pemain RSG Filipina, Dylan Aaron Catipan atau lebih dikenali sebagai Light, 20, mengatakan bahawa ancaman terbesar bagi pasukan mereka adalah RRQ Hoshi.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by SPIN – Esports (@spin_esports)

“Saya rasa RRQ Hoshi akan menjadi  saingan kami yang paling sukar kerana kami selalu scrim dengan mereka dan perlawanan sememangnya sengit sama ada kami menang 4-0 atau mereka yang menang.

“Jadinya, kami ingin bertemu RRQ Hoshi di MSC 2022 untuk mengetahui siapakah yang paling hebat,” katanya.

Light juga adalah MVP musim biasa untuk MPL PH musim ke-9.

RSG PH sudahpun membuktikan bahawa mereka adalah pasukan Mobile Legends yang terbaik di Filipina pada ketika ini selepas menjuarai MPL PH musim ke-9.

Mereka berjaya menundukkan kemaraan pasukan Omega Esports dengan skor 4-1.

Begitu juga dengan RRQ Hoshi di mana mereka berjaya menjadi juara di MPL ID musim ke-9 selepas menundukkan pasukan yang berlogo landak iaitu Onic Esports dengan skor yang sama 4-1.

Kejohanan MSC 2022 dijangka akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 11 Jun hingga 19 Jun ini. 

Foto: RSG 

RELATED NEWS

+