"> " /> " />

Inilah senarai lengkap pengulas, hos dan penganalisis bagi Kejohanan Dunia M4

Pengulas, hos dan penganalisis yang berkaliber di dalam sesebuah pertandingan menjadi elemen yang penting bagi menghangatkan suasana.

Kejohanan Dunia M4 Mobile Legends yang akan berlangsung pada Januari nanti menyaksikan dua anak muda negara, Laphel dan Gideon sebagai penganalisis dan juga pengulas.

Bagi pihak tuan rumah pula, mereka sertakan lima orang wakil iaitu:

  • Gonie
  • Mirko
  • Clara
  • Arashi
  • Aeternaa

Manakala, empat wakil dari Filipina pula adalah:

  • Leo
  • Mara
  • Wolf
  • Naisou

Menjadi pelengkap kepada bakat-bakat di atas adalah wakil dari Amerika utara iaitu Trex, AssasssinDave serta wakil dari Singapura iaitu Jayz.

Kejohanan Dunia M4 menyaksikan 16 pasukan terbaik MLBB dari seluruh dunia akan bertarung di antara satu sama lain bagi merebut gelaran juara dunia untuk musim keempat.

Pertandingan ini akan diadakan di Jakarta, Indonesia bermula pada 1 Januari depan dan berakhir pada 15 Januari.

Terdahulu, pasukan Filipina meraih piala kedua mereka selepas pasukan Blacklist International menewaskan pasukan ONIC PH dengan skor 4-0 tanpa balas.

RELATED NEWS

+