Tiga pasukan Malaysia umumkan skuad ke Siri Pro Snapdragon Challenge Season

Tiga pasukan yang mewakili negara ke Siri Pro Snapdragon Challenge Season umumkan barisan pemain mereka bagi menghadapi cabaran yang akan berlangsung pada hari ini.

HomeBois, Team SMG dan Yoodo Red Giants mengekalkan semua pemain mereka seperti mana di pusingan kalah mati Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia musim ke-11.

Kelainan yang ditampilkan oleh pasukan-pasukan ini adalah pemain simpanan yang berbeza daripada biasa.

Untuk Homebois mereka meletakkan Xorn di bangku simpanan manakala untuk Team SMG, mereka akan membawa masuk Roamer baharu iaitu Mikko yang dipinjamkan daripada Omega Esports.

Namun untuk pasukan gergasi merah, pemain simpanan mereka adalah OzoraVeki yang melatih pasukan itu pada MPL MY musim ke-11.

Dia digantikan oleh bekas jurulatih pasukan Rex Regum Qeon (RRQ) iaitu Arcadia.

Homebois dan Team SMG akan disatukan di kumpulan B di mana mereka akan bertemu dengan RRQ dam EVOS Icon.

Yoodo Red Giants Esports pula akan berada di kumpulan D bersama dengan bekas juara MSC 2022 iaitu RSG Filipina serta CFU Gaming daripada Kemboja dan GPX daripada Indonesia.

RELATED NEWS

+