Sebagaimana anda boleh menyumbang sejumlah wang dalam bentuk Bits atau Donation di pelantar penstriman kandungan Twitch, kini YouTube juga menerima sebuah ciri yang membenarkan anda menyumbang kepada pencipta kandungan (streamers) kegemaran anda.
Fungsi itu dinamakan sebagai Superchat dan ia sudah boleh digunapakai oleh pengguna YouTube di Malaysia.
Menurut laporan Amanz, fungsi baharu ini adalah salah satu ciri yang hanya boleh dilihat di ruangan chat sesebuah penstriman.
Superchat adalah ciri di mana penonton boleh menyumbang dengan matawang Ringgit Malaysia bermula dengan nilai serendah RM3 sehingga RM1,500.
Bagi yang sudah menyumbang, mesej chat dan gambar profil anda juga akan dipaparkan di ruangan chat buat seketika atau sehingga sesiapa menyumbang dengan nilai wang yang lebih tinggi. Warna chat juga akan berubah mengikut jumlah sumbangan yang penonton sudah berikan.
Langkah mengaktifkan ciri Superchat ini adalah satu strategi yang baik oleh YouTube untuk menarik minat kepada streamers di Malaysia. Ia juga membuka ruang untuk bakal pencipta kandungan memilih platform penstriman yang sesuai dengan keperluan mereka.
Sumber rujukan: Amanz