Anda teringin nak jadi pengurus neraka berjaya? – Ahli Neraka Tycoon

Banyak permainan video tycoon yang pernah wujud dari bina zoo, taman tema roller-coaster dan bina taman tema dinosaur.

Satu permainan video simulasi dari Indonesia ini akan membawa anda untuk penjadi pengurus neraka berjaya.

Permainan ini dicipta oleh syarikat Indonesia, Arkana Games dan mereka banyak membuat permainan simulasi.

Kali ini dengan permainan baru Ahli Neraka Tycoon yang akan memperkenalkan perdukunan dan warisan budaya dari Indonesia.

Tema permainan ini adalah simulasi perniagaan dan pemain akan menjaga neraka untuk memastikan orang yang membuat dosa dihukum dengan betul dengan kos paling minimum.

https://lh6.googleusercontent.com/GnmJbK8XlHm9MzIisDYlILaQfoXaV4mPTsL4Ia2fyXgYRy8vPTH5ZksQKT8sYri5NuT0Y9VbbySUZhFCHp8d_dLBHkqjZlqZInT1BY2AfG3n5dI9SHn9Os69jRdUFbEMd4V-YUscLI_59FlMDA

Pemain akan dipanggil oleh Ketua Syaitan sendiri untuk membantu masalah ini.

Apa yang lebih kelakar beberapa pendosa merasakan hukuman Ketua Syaitan adalah terlalu lembut dan tidak membantu mereka untuk menghapuskan dosa untuk pergi ke syurga.

Anda perlu membuat bangunan seperti tempat hukuman untuk menaik taraf lagi hukuman untuk para pendosa dengan bantuan syaitan yang digelar Syaiton.

Malah terdapat juga hantu-hantu lain yang akan membantu anda seperti toyol, suster ngesot, kuntilanak dan pelbagai lagi hantu-hantu lain.

Ahli Neraka Tycoon akan dilancarkan ke peranti mudah alih Android pada September 2022 ini.

Rujukan: IGNSEA

RELATED NEWS

+