Epic Games Store akan hadir ke iOS dan Android hujung tahun ini

Epic Games mengumumkan Epic Games Store akan hadir ke iOS dan Android hujung tahun ini.

Pengumuman ini dibuat ketika hari keempat Game Developers Conference 2024 (GDC).

Epic Games Store juga akan memberi fokus kepada pelbagai pelantar di antara Android, iOS, PC dan Mac melalui akaun Epic pengguna.

Revenue share by Epic Games for the developers

Selain itu, Epic juga akan mengeluarkan peralatan penerbitan mudah alih khas untuk pembangun permainan video mudah alih.

Pembangun permainan video juga akan menerima 88% hasil keuntungan dan selebihnya diberikan kepada Epic Games.

Ini adalah lebih 18% dari App Store dan Google Play Store yang membuat nisbah 70:30.

Epic Games Store Mobile dijangka akan dilancarkan pada hujung tahun 2024 ini.

RELATED NEWS

+