Anthem Demo: Seronok Terbang Seperti Iron Man Tapi Tersekat Dengan Bugs & Glitches

Anthem adalah keluaran terbaru oleh BioWare iaitu permainan dunia terbuka (shared open-world) yang korang boleh berkongsi bersama dengan pemain sebenar melalui multiplayer. Korang berperanan sebagai Freelancer memiliki empat Javelin masing-masing mempunyai keunikan tersendiri dari segi serangan, pertahanan dan Ultimate.

Melalui pemerhatian kami sepanjang demo ini, ia amat sukar untuk tidak membandingkan game ini dengan game looter shooter lain seperti Destiny dan Warframe. Namun, demo ini adalah cara untuk BioWare menunjukkan serba sedikit tentang apa yang pemain boleh nantikan dalam game terbaru mereka ini. Berikut apa yang menarik dan kurang memberangsangkan dalam demo terbuka Anthem ini.

Apa yang menarik tentang Anthem?

Pada permulaan, pemain bersedia di Level 10 dan memulakan pengembaraan sebagai Freelancer di Fort Tarsis. Fort Tarsis berfungsi sebagai sebuah kubu untuk berinteraksi dengan ramai non-playable character (NPC) untuk dapatkan misi dan mengetahui lebih tentang penceritaan dunia Anthem dalam perspektif kamera first-person.

Kubu ini adalah pengkalan bagi Javelin di mana korang boleh mengubahsuai senjata, perisai dan penampilan luaran Javelin melalui Forge. Terdapat juga sistem kraf tetapi kurang diperincikan dalam demo ini. Javelin permulaan diberikan adalah Ranger iaitu sebuah kelas seimbang dari segi serangan dan pertahanan sesuai digunakan dalam segala jenis misi. 

Combat

Sebaik sahaja korang menyarung sut Javelin, korang akan bertukar perspektif third-person untuk berdepan dengan serangan musuh. Combat dalam Anthem ini agak sama seperti Mass Effect Andromeda tetapi dipacu lebih pantas dan banyak musuh menderu masuk secara gelombang.

Tarikan utama Anthem adalah elemen penerbangan bagaikan Iron Man melalui sut Javelin. Cara permainan juga dipengaruhi dengan jenis Javelin dipakai kerana kebolehan dan cooldown (tempoh untuk gunakan lagi kebolehan itu) berbeza-beza. Penggunaan Ultimate pula harus cermat digunakan untuk menjatuhkan gerombolan musuh dan mengambil masa untuk menggunakan kembali Ultimate.

Hati-hati terbang terlalu lama akan mengakibatkan overheating. Korang boleh cooldown dengan terbang rendah atau terbang atas air

Pengubahsuaian Javelin

Sut Javelin ini seperti nyawa game ini dan BioWare memberikan kebebasan untuk korang menggayakan Javelin mengikut citarasa masing-masing. Dari segi kosmetik, korang memilih untuk mengenakan pelbagai kombinasi warna kepada perisai Javelin iaitu salin tak tumpah seperti mengubahsuai warna kereta macam Forza. Komuniti Anthem juga berkobar-kobar untuk mengubahsuai Javelin mereka mengikut gaya Iron Man dan pelbagai rekaan gila-gila.

Pecahan perisai kreatif

Selain perubahan kosmetik, pembahagian slot ke atas Javelin juga boleh ditukar-tukar mengikut tahap Power sesuatu loot dan bukan mengikut level Freelancer. Loot dibahagi kepada tiga tahap iaitu Uncommon, Rare dan Epic. Kalau korang nak loot masyuk, korang boleh kraf sendiri dengan bahan yang boleh didapati melalui Freeplay, Stronghold dan misi utama. Ini menggalakkan pemain untuk mengatur pelbagai jenis build kreatif tanpa perlu menukar penampilan luaran Javelin.

Mari baca: Segala Yang Korang Perlu Tahu Tentang Anthem

Apa yang kurang memberangsangkan tentang Anthem?

Suasana bar di Fort Tarsis

Keseorangan di Fort Tarsis

 

Fort Tarsis tiada kehadiran pemain lain yang membuatkan saya berasa sunyi tetapi BioWare telah umum bahawa mereka akan meletakkan Launch Hub iaitu sama seperti Tower dalam Destiny untuk berinteraksi dengan pemain lain yang akan hadir dalam game asal. Malah, pergerakan korang dalam Fort Tarsis ini sangat, SANGATLAH perlahan. 

Bercakap dengan karakter di Fort Tarsis memberi pengenalan kepada sistem dialog dan penyampaian penceritaan tetapi ia tidaklah terperinci sangat seperti game BioWare dahulu, Mass Effect dan Dragon Age. Opsyen dialog hanya terbahagi kepada dua sahaja dan demo ini tidak memberitahu sama ada pemilihan dialog kita memberi apa-apa impak terhadap penceritaan keseluruhan.

Dokumen bertulis tidak dapat dipisahkan dalam game-game BioWare. Korang juga boleh kutip dokumen menerangkan dunia Anthem yang tersebar di seluruh Fort Tarsis dan boleh dibaca melalui menu Cortex. Namun, bukan semua karakter korang boleh meluangkan masa atau dokumen boleh dibaca kerana terhalang dengan mesej ‘kandungan ini hanya boleh didapati dengan game penuh’. 

Terhad kepada dua Javelin sahaja

Walaupun Anthem mempunyai empat Javelin disediakan, demo ini hanya memberikan akses kepada sut Ranger dan satu lagi unlock untuk Javelin lain seperti Colossus, Interceptor dan Storm. Kami ada terangkan kesemua ciri unik Javelin termasuk Ultimate di sini

Berita baik kepada mereka yang sudah pra-tempah kerana keempat-empat Javelin telah terbuka khas bagi korang atas sebab pampasan terhadap prestasi demo VIP diadakan pada minggu lepas. Bagi pemain baru sahaja terbang masuk ke demo terbuka ini, korang kena tunggulah sehingga game rasmi keluar nanti untuk main kesemua Javelin.

Misi tiada arahan lengkap

Misi yang disediakan dalam demo Anthem ini bersifat generik iaitu sama sahaja… masuk tempat lawan, kalahkan gelombang musuh, dan ulang lagi sekali. Yang paling panas sekali, tiada arahan jelas dinyatakan bagi misi-misi ini. Sebagai contoh, korang kena kumpul sesuatu di satu bahagian misi tetapi korang tidak tahu nak bermula dari mana sebab tiada penanda. Korang juga tidak tahu lokasi atau status sebenar ahli kumpulan kerana tiada kehadiran maklumat parti terpampang di skrin.

Ekspedisi Freeplay pun jadi keliru kerana korang tidak boleh letakkan penanda di peta ke destinasi kita mahukan dan susah nak terbang sama-sama dengan geng tanpa PENANDA jelas di HUD.

Seksa menunggu 

Tunggu je lah member revive

Kalau korang dijatuhkan oleh musuh dalam Anthem, korang tiada pilihan lain untuk respawn dan PERLU menunggu ahli pasukan untuk hidupkan korang kembali. Lebih memeritkan lagi, korang tidak boleh melihat keadaan sekeliling korang ketika korang tengah ‘mati’ dan pemain lain tidak diberi indikasi bahawa ada ahli pasukan korang mati.

Semasa Freeplay pula, korang boleh respawn tetapi korang akan dihidupkan kembali jauh dari tempat korang mati. Jadi, kalau korang tengah mengalahkan Scar Enforcer secara solo dan mati, korang mungkin tidak akan dapat cari kembali tempat itu kerana tiada maklumat jelas seperti saya jelaskan di atas.

Walaupun ini sekadar demo sahaja, skrin loading Anthem ini amat memakan masa gameplay korang dan menjengkelkan. Nak masuk ke Fort Tarsis, loading. Nak masuk ke Forge, loading. Nak masuk ke lokasi misi, loading. Itu belum lagi kalau terjumpa glitch yang korang tiba-tiba sahaja masuk ke skrin loading tanpa apa-apa sebab. Senang cerita, Anthem memang sinonim dengan skrin loading.

Loadout terkunci semasa menjalankan misi

Sebaik sahaja ekspedisi bermula, korang tidak boleh tukar loadout dan kena guna loadout sama sampailah selesai misi. Loadout ini terdiri daripada senjata korang pakai. Kalau korang nak tukar loadout baru, pemain kena patah balik ke Forge untuk tukar. Leceh sangat. 

Bukan itu sahaja, loot yang kita terima juga tidak dinyatakan secara jelas seperti ‘1 Uncommon Loot’ tanpa menerangkan loot apa korang dapat sama ada senjata, gear dan sebagainya. Korang hanya boleh tahu jenis loot apa ketika kembali ke Forge. 

Demo Anthem kini terbuka untuk semua pemain tanpa memerlukan pra-tempah dari sekarang sehingga Ahad ini pukul 1 pagi. Anthem akan dilancarkan pada 22 Februari 2019 di PC, PS4 dan Xbox One.

Ikuti MyGameOn di Facebook dan YouTube untuk berita gaming dan esports terkini.

Daftar sekarang untuk kejohanan e-sukan kampus terbesar di Malaysia! Ada game Mobile Legends, PES 2019 dan Dota 2, khas untuk pelajar universiti sahaja! 

KLIK LINK INI UNTUK MENDAFTAR.

Info lanjut, layari laman web ini dan Facebook kami.

RELATED NEWS

+