Segala Yang Korang Perlu Tahu Tentang Anthem

Tak sabar dah nak tunggu Anthem dilancarkan pada 22 Februari depan betul?

Untuk korang yang belum tahu, Anthem adalah permainan video memfokuskan pada konsep dunia terbuka dan multi-pemain yang dibangunkan BioWare dan diterbitkan oleh EA. Anda akan memainkan peranan sebagai freelancer, salah seorang dari kumpulan yang meninggalkan tamadun manusia untuk meneroka dunia baru dan melawan raksasa dan makhluk asing.

Setiap freelancer ini dibekalkan sut dipanggil Javelin, setiap satunya dengan keunikan tersendiri. Haa kalau nak tahu semua info, jom teruskan bacaan korang di bawah!

 

JAVELIN DAN ULTIMATE

Yang paling menarik tentang Anthem sudah tentunya sut Javelin yang digunakan pemain untuk survive dalam dunia serba merbahaya ini. Javelin membolehkan korang terbang melepasi permukaan bumi yang tak tentu, menyelam di terowong air bawah tanah dan pakai set senjata dan kelengkapan yang hebat berdepan musuh.

Setiap model Javelin ini ada kekuatan tersendiri. Bayangkan mengembara bersama rakan korang mengambil bahagian dalam misi berlainan, pastinya perlukan kepakaran tertentu untuk selesaikan tugasan. Jadi yang mana korang akan pilih: Ranger, Storm, Colossus atau Interceptor?

Baca lanjut: Di sini penulis senaraikan kesemua Javelin yang terdapat dalam Anthem

 

Anthem memberikan pemain kebolehan untuk menggunakan kuasa yang tiada tolok bandingnya.

Dalam keadaan yang memaksa pemain berfikir di luar kotak, mereka boleh gunakan special ultimate untuk menukar keadaan medan pertarungan.

Kuasa ini akan dicaj secara perlahan sebelum boleh digunakan. Kalau yang dah mahir, mereka boleh make use serangan berkuasa ini untuk melenyapkan musuh yang ramai dan membantu ahli skuad dalam kesukaran. 

Juga ada items (Materwork rarity atau lagi tinggi) yang boleh mempercepatkan caj untuk menggunakan ultimate.

Baca lanjut: Setiap ultimate berkuasa yang boleh digunakan mengikut Javelin

 

PERBEZAAN DEMO DAN GAME ASAL

Tinggal lagi sebulan sebelum pelancaran penuh Anthem, BioWare memberi peluang kepada pemain untuk menguji game ini dalam dua sesi demo.

Untuk sesi demo VIP khas kepada mereka yang pra-tempah (pre-order) dan pelanggan Origin Access, korang sudah boleh muat turun demo di PC, PS4 dan Xbox One sekarang. Pemain demo VIP boleh mengajak tiga rakan korang dengan memberi Friend Pass yang boleh dirujuk di sini.

Saiz fail demo VIP untuk PC adalah sebanyak 43GB manakala untuk konsol pula adalah 25GB.

Namun, BioWare memberi peringatan kepada pemain bahawa demo yang bakal dilancarkan pada 25 Januari ini akan mempunyai banyak kelainan berbanding game asal dari segi keseimbangan, cerita dan keseluruhan kawalan game bagi PC.

Baca lanjut: Inilah perbezaan antara demo dan game asal

 

GAMEPLAY ANTHEM

Video yang menunjukkan ability dan juga sedikit highlight untuk misi pertama. Wajib tonton!

Baca lanjut: Saksikan gameplay Storm dan juga Interceptor

 

Ini pula adalah video menarik untuk korang tahu tentang Raids.

Baca lanjut: Video penuh di E3 Demo memperlihatkan Raids

 

Video daripada EA ini menunjukkan demo Anthem yang boleh dimainkan pengunjung EA Play. Empat pemain meneroka kawasan yang menunjukkan raksasa besar meninggalkan telur. Mereka kemudiannya terserempak dengan raksasa besar dan huduh yang perlu ditumpaskan secepat mungkin.

Baca lanjut: Saksikan artikel penuh demo Anthem di Persidangan EA Play

 

Anthem mungkin lambat lagi keluar tapi kita dah boleh nampak gambaran bagaimana permainan itu dimainkan. Maklumat berkenaan gear mechanics sentiasa menjadi buruan peminat yang dahagakan kejutan; dan BioWare tak ingin tunggu lama dengan mengesahkan yang senjata akan mempunyai stats rawak dan kombinasi gear juga akan menawarkan set bonus.

Baca lanjut: Akan ada bonus untuk setiap set gear dalam Anthem

 

Lead Producer di BioWare, Michael Gamble sahkan yang Anthem takkan memasukkan elemen lootboxes

Baca lanjut: Takkan ada lootbox dalam Anthem

 

INI CARA AKSES VIP DEMO (PRE ORDER SAHAJA)

Kalau korang adalah pelanggan Origin Access dan EA Access ataupun membuat pra-tempah digital dari Origin, Xbox Store dan PlayStation Store, korang secara automatik didaftar untuk VIP Demo (boleh dimainkan dari 25 Januari hingga 27 Januari) dan tak perlukan kod.

Daftar masuk untuk akses Friend Pass dan klik pautan INI untuk info macam mana nak DOWNLOAD Vip Demo di ketiga-tiga platform.

 

SPESIFIKASI ANTHEM DI PC

Tarikh keluaran Anthem makin hampir dan hari ini kita dapat tahu spesifikasi kalau nak main game ni dekat PC.

 

SPESIFIKASI MINIMUM ANTHEM

OS: 64-bit Windows 10
CPU: Intel Core i5 3570 atau AMD FX-6350
RAM: 8 GB System Memory
GPU: NVIDIA GTX 760, AMD Radeon 7970 / R9280X
GPU RAM: 2 GB Video Memory
HARD DRIVE: Sekurang-kurangnya 50 GB storan boleh digunakan
DIRECTX: DirectX 11

SPESIFIKASI ANTHEM YANG DIWAJARKAN

OS: 64-bit Windows 10
CPU: Intel Core i7-4790 3.6GHz atau AMD Ryzen 3 1300X 3.5 GHz
RAM: 16 GB System Memory
GPU: NVIDIA GTX 1060/ RTX 2060, AMD RX 480
GPU RAM: 4 GB Video Memory
HARD DRIVE: Sekurang-kurangnya 50 GB storan boleh digunakan
DIRECTX: DirectX 11

 

TRAILER ANTHEM

Jom saksikan trailer pertama Anthem! Penuh visual dan memang awesome!

 

TARIKH PELANCARAN ANTHEM

Tak perlu tunggu lama lagi! Sebulan saja dari sekarang, permainan video ini akan tiba ke platform utama pada 22 Februari.

Baca lanjut: Anthem akan hadir ke PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 22 Februari ini

RELATED NEWS

+