Anthem: Tarikh Alpha Tertutup Diumumkan, Bermula Pada 8 Disember

EA mengumumkan tarikh alpha tertutup (closed alpha) bagi Anthem, sebuah game terbaru daripada BioWare di PC, PS4 dan Xbox One.

Alpha tertutup akan dipecahkan dalam beberapa sesi dari 8 dan 9 Disember 2018 adalah untuk memastikan Anthem berjalan dengan lancar dari segi matchmaking dan keadaan server.

Pemain boleh mendaftarkan diri di EA Community Playtesting untuk mencuba Anthem tetapi ini tidak menjamin akses ke alpha Anthem kerana EA dan BioWare umum penyertaan alpha tertutup adalah lebih terhad berbanding demo pra-pelancaran.

Akses hanya diberikan kepada satu pilihan platform sahaja dan korang akan diberitahu melalui emel jika korang dapat mendapat kesempatan untuk mencuba alpha tertutup Anthem serta arahan untuk memuat turun klien game.

EA juga memberitahu pemain di bawah alpha tertutup terikat dengan Non-disclosure Agreement (NDA) iaitu bermakna korang tak boleh berkongsi gambar, status atau apa-apa kenyataan melalui Facebook, YouTube, Twitter dan sebagainya. Kalau nak tahu lebih lanjut peluang mencuba game ala-ala Destiny, sila layari laman sesawang ini.

Selain itu, Anthem bakal ada trailer baru yang akan ditayangkan pada The Game Awards pada 7 Disember (waktu Malaysia). Korang boleh saksikan gameplay baru menampilkan pelbagai suit Javelin menguji kebolehan baru bagi menentang alien dalam Anthem di sini.

Anthem dilancarkan pada 22 Februari 2019 di PC, Xbox One dan PS4.

Sumber: Eurogamer

 

RELATED NEWS

+