dua sesi demo."> dua sesi demo." /> dua sesi demo." />

Anthem: Inilah Perbezaan Besar Antara Demo & Game Asal Menurut BioWare

Tinggal lagi sebulan sebelum pelancaran penuh Anthem, BioWare memberi peluang kepada pemain untuk menguji game ini dalam dua sesi demo.

Untuk sesi demo VIP khas kepada mereka yang pra-tempah (pre-order) dan pelanggan Origin Access, korang sudah boleh muat turun demo di PC, PS4 dan Xbox One sekarang. Pemain demo VIP boleh mengajak tiga rakan korang dengan memberi Friend Pass yang boleh dirujuk di sini.

Saiz fail demo VIP untuk PC adalah sebanyak 43GB manakala untuk konsol pula adalah 25GB.

Namun, BioWare memberi peringatan kepada pemain bahawa demo yang bakal dilancarkan pada 25 Januari ini akan mempunyai banyak kelainan berbanding game asal dari segi keseimbangan, cerita dan keseluruhan kawalan game bagi PC.

Baca lagi: Spesifikasi Anthem Di PC Akhirnya Didedahkan

Penerbit eksekutif, Mark Darrah menjelaskan perkara-perkara ini di laman Twitter beliau seperti dilihatkan di bawah:

Darrah memberitahu kepada pemain bahawa demo ini akan tiada sesi tutorial dan pemilihan karakter (character customisation) tetapi korang boleh pilih kelas Javelin iaitu Ranger, Colossus, Storm dan Interceptor. Selain itu, beliau berkata demo ini juga akan lebih senang dan hanya menunjukkan salah satu arca penceritaan maka keseimbangan gameplay seperti meronda bebas (free play) & misi berkemungkinan tersasar sedikit.

Perbezaan paling ketara adalah ciri hab sosial Anthem dipanggil Launch Pad yang mana membolehkan korang berhimpun dengan Freelancers lain seramai 16 pemain di Fort Tarsis. Ini berfungsi seperti Destiny (Tower) & Monster Hunter: World (Gathering Hub) berfungsi untuk korang bersiap sedia untuk misi baru atau cuma lepak dengan geng korang sekaligus menaikkan semangat game bercirikan shared open-world.

Ketua penerbit, Mike Gamble berkata fungsi Launch Hub ini tidak termasuk dalam demo dan hanya wujud dalam game sebenar.

Kalau korang masih sangsi lagi nak pra-tempah Anthem atau tidak, jangan risau. Terdapat ada lagi satu demo bakal tersedia untuk semua pemain pada 1 Februari 2019. Jom saksikan trailer demo VIP di bawah:

Anthem akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Februari 2019 di PC, PS4 dan Xbox One.

Ikuti MyGameOn di Facebook dan YouTube untuk rangkuman berita gaming dan esports.

RELATED NEWS

+