Anthem Takkan Mempunyai Lootbox – BioWare

Lead Producer di BioWare, Michael Gamble sahkan yang Anthem takkan memasukkan elemen lootboxes

Walaupun sebelum ini mereka sahkan yang Anthen takkan jadi pay2win dan ada mikrotransaksi hanya untuk barangan kosmetik, peminat tetap risau kerana EA mungkin akan paksa BioWare menambah lootboxes selepas dilancarkan.

Tapi Gamble terus menamatkan teka-teki itu:

“Kami takkan menambahkan loot boxes. Ia tak membawa faedah. Hanya kosmetik dan mikrotransaksi dalam pelan kami. Legion of Dawn adalah pek armor yang bukan saja skin tapi setiap Javelin mempunyai empat armor bits. Anda mendapat 16 bersama LOD + senjata + goodies lain,”

Dalam twit berlainan, Gamble mengatakan BioWare tak akan mendedahkan kandungan demo Anthem dan hanya mengekalkan elemen kejutan buat masa ini.

“Saya rasakan ini adalah emotional experience antara pemain dan permainan,” jelas Gamble. Demo Anthem akan keluar pada 25 Januari ini.

Untuk permainan penuh, Anthem akan hadir ke PS4, Xbox One dan PC pada 22 Februari.

Sumber: PlayStationLifestyle

RELATED NEWS

+