Acara Thrillseeker akan bermula 13 Julai dan berakhir pada 3 Ogos ini.
Peta Arena Baru: Overflow
Pada acara ini, peta arena baru akan diperkenalkan kepada para pemain. Peta Overflow akan memberikan pengalaman yang berbeza berbanding peta-peta sebelum ini dengan tidak hanya memfokuskan lorong, tetapi pemain perlu lebih berhati-hati dan membuat keputusan dengan lebih baik.
Peta ini juga memberi lebih kelebihan kombat secara ‘short-to-medium’ walaupun boleh berlaku pertempuran secara jarak jauh, di point of interest (POI): Overlook atau Slope.
POI Overlook adalah kawasan terbuka dengan tempat-tempat tinggi yang memberikan kelebihan buat pengguna sniper atau DMR.
Manakala POI Slope, terdapat kawasan tinggi dan kawasan unik yang membolehkan pemain meluncur ke kawasan yang tersorok di dalam peta. Kawasan ini memberi kelebihan buat pemain yang licik atau defensif.
Trek Ganjaran Mingguan
Sepanjang acara tiga minggu ini, pemain berpeluang untuk mendapatkan ganjaran yang menarik.
Minggu pertama membolehkkan pemain membuka Set Pampart Wastelander, termasuk pesona pistol yang sepadan dan skin Legendary Rampant.
Pada minggu kedua, pemain akan diberikan Battle Pass booster, logam pembuatan dan pek Apex. Manakala minggu ketiga memberikan skin Bangalore Lethal Enforcer dan barangan yang menarik.
Selain itu, pemain akan mendapat 1,000 mata setiap hari dan cabaran harian. Ini juga akan memberikan lencana unik jika anda meyelesaikannya sesama acara berlangsung. Semua cabaran ini boleh diselesaikan serentak bersama Battle Pass.
Kosmetik Thrillseekers dan Jualan Summer Splash
Bermula 13 Julai ini, terdapat juga Jualan Summer Splash. Skin-skin kegemaran peminat juga akan kembali termasuk skin Youngblood dan Voidwalker. Jualan Summer Splash ini akan berlangsung hingga 27 Julai ini.
Kosmetik Thrillseeker juga adalah Acara Terhad, dan dikatakan akan kembali di dalam acara akan datang atau promosi.