Tidak mengejutkan ramai orang sukakan permainan percuma terutama sekali permainan percuma di Epic Games Store.
Tetapi jumlah orang yang menebus Among Us ini masih menunjukkan Among Us adalah antara permainan video sosial yang masih popular dan relevan.
Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Innersloth di Twitter.
Fun fact! During the free week on @EpicGames (May 27 – June 3)…
✨OVER 15 MILLION COPIES✨ of @AmongUsGame were claimed!!
Welcome to the crew and thank you for downloading and playing. We’re blown away! 🚀🪐 pic.twitter.com/IF5vwMSxro
— Innersloth (@InnerslothDevs) June 29, 2021
Dengan era pandemik ini, Among Us telah menjadi antara permainan sosial yang banyak merapatkan hubungan antara rakan-rakan yang berada jauh mahupun dekat.
Epic Games Store setakat ini banyak memberi permainan percuma untuk semua orang sebagai salah satu kempen pemasaran Epic Games untuk menarik pengguna menggunakan Epic Games Store.
Agak-agak permainan video apa lagi yang akan menjadi percuma dan mendapat jutaan sambutan dari peminat.