Apa Korang Perlu Tahu Tentang Apex Legends Musim Kedua: Legend Baru Wattson, Ranked Mode & Banyak Lagi!

Respawn Entertainment telah melancarkan kemaskini terbesar setakat ini dengan musim kedua Battle Pass yang dipenuhi dengan pelbagai kandungan menarik.

Antaranya adalah karakter Legend baru, kemunculan benda aneh di peta, senjata baru dan kemunculan Ranked Leagues.

Legend pertahanan Wattson 

Wattson adalah Legend ke-10 yang menyertai pertempuran dalam Apex Legends. Berbanding dengan hero lain, Wattson mengambil langkah strategik dengan kebolehan memasang tiang dijana elektrik bagi membentuk perimeter berbahaya kepada musuh dan membantu ahli pasukan.

Ultimate Wattson adalah berunsurkan pertahanan dipanggil Interception Pylon iaitu memusnahkan apa-apa senjata musuh yang mendatang dan membaiki perisai (shield) ahli pasukan.

Ranked Leagues ialah mod kompetitif Apex Legends

Berita baik kepada pemain kompetitif kerana Ranked Leagues telah sampai buat kali pertama dalam Apex Legends. 

Terdapat 6 pangkat dalam kedudukan kompetitif Ranked Leagues iaitu Bronze, Silver, Gold, Platinum, Diamond dan paling tinggi, Apex Legends. Setiap pangkat ada 4 pembahagian (division) kecuali Apex Legends. Sebagai contoh, pangkat Gold dibahagi kepada Gold I, Gold II, Gold III dan Gold IV.

Ranked Leagues ini dipanggil sebagai ‘Ranked Series’ yang akan dijalankan dalam tempoh berkala sepanjang Julai sehingga September. Pemain tak perlu perlawanan penentu (placement match) untuk menentukan kedudukan, malah semua pemain bermula dari pangkat Bronze IV dalam Ranked Leagues.

Setiap kali korang nak mulakan perlawanan Ranked, ia akan menggunakan Ranked Points (RP) mengikut kedudukan pemain. Untuk peringkat Bronze, perlawanan adalah percuma tetapi selepas korang tiba ke pangkat Silver, caj perlawanan bernilai 1 RP.

Ketika perlawanan sedang berlangsung, pemain menerima RP berdasarkan prestasi permainan. Setiap kill bernilai 1 RP dan mencecah sehingga 5 RP untuk satu perlawanan. Kalau pemain tersenarai dalam carta tempat ke-10, korang menerima 2 RP, tempat ke-5 adalah 10 RP, tempat ke-3 adalah 7 RP dan tempat pertama adalah sebanyak 12 RP.

Respawn juga menerangkan aspek ganjaran Ranked League dan beberapa peraturan lain seperti penalti jika meninggalkan perlawanan di sini.

Kemunculan senjata L-Star & kemaskini lain

Dari segi senjata, musim kedua Apex Legends memperkenalkan senjata baru bernama L-Star yang pernah muncul dalam siri Titanfall. Ia adalah senjata mesingan ringan Gold yang mana pemain hanya boleh dapat melalui Airdrop sahaja. Terdapat juga beberapa penambahan Hop-Up seperti Distruptor dan Hammerpoint Rounds (dipadankan dengan pistol Mozambique dan P2020) memperkuatkan serangan ke atas sasaran berperisai dan tiada perisai.

Peta King’s Canyon telah diceroboh oleh raksasa Leviathan yang mengubah rentak permainan Apex Legends. Kawasan-kawasan Leviathan ini mempunyai loot yang menarik tetapi korang perlu cepat dapatkan sebelum Leviathan pijak dan tutup semua loot. 

Selain itu, Legend lain turut mendapat penambahbaikan seperti Lifeline mempunyai D.O.C Heal Drone yang lebih tahan lasak, Dome of Protection milik Gibraltar boleh dibentuk selama 18 saat dan banyak lagi. Untuk nota patch penuh tentang Battle Pass musim kedua dan penaiktarafan lain, korang boleh baca di sini.

Saiz keseluruhan patch baru untuk Apex Legends ini adalah 20GB. Fuh, besar betul. Korang boleh buat Daily Challenges musim kedua Battle Pass, main Wattson dan terjun ke Ranked League bermula sekarang. Apex Legends adalah percuma dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+