dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Bagi yang mempunyai peranti Android yang baik, permainan ini mungkin akan berjalan pada kadar bingai 90 FPS. Ini bermakna permainan akan berjalan dengan lancar."> dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Bagi yang mempunyai peranti Android yang baik, permainan ini mungkin akan berjalan pada kadar bingai 90 FPS. Ini bermakna permainan akan berjalan dengan lancar." /> dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Bagi yang mempunyai peranti Android yang baik, permainan ini mungkin akan berjalan pada kadar bingai 90 FPS. Ini bermakna permainan akan berjalan dengan lancar." />

Apex Legends Mobile mungkin akan menyokong 90FPS di Android

Apex Legends Mobile akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Bagi yang mempunyai peranti Android yang baik, permainan ini mungkin akan berjalan pada kadar bingai 90 FPS. Ini bermakna permainan akan berjalan dengan lancar.

Menurut APEXZONENEWS di Twitter, ia menyiarkan imej yang cukup meyakinkan yang menunjukkan Apex Legends Mobile mencapai maksimum 89.3 FPS dan purata sekitar 84.7 FPS.

Imej-imej itu daripada ujian beta terutup dari China dan sokongan 90 FPS adalah ciri yang cukup hebat untuk pemain yang mempunyai keupayaan perkakasan untuk menjalankan permainan pada tetapan itu. 90 FPS masih merupakan sesuatu yang belum dialami oleh majoriti pemain mudah alih. Walaupun tajuk seperti CoDM dan PUBGM mempunyai pilihan, ia ditawarkan ke peranti tertentu sahaja.

Walaupun 60 FPS pada masa ini dianggap sebagai standard untuk permainan pada masa ini, 90 FPS terasa lebih lancar dan lebih baik.

Respawn Entertainment masih belum mengesahkan apa-apa dan 90 FPS bukanlah sesuatu yang permainan itu iklankan sebagai ciri lagi.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+