Apa yang pasukan Malaysia perlukan untuk lawan Filipina? Ini jawapan Sunfrost

Bukan senang nak lawan pasukan Filipina. Mereka mempunyai beberapa pasukan Mobile Legennds terbaik dunia seperti ECHO, AP.Bren dan Blacklist International.

Di kejohanan dunia MLBB, M5, HomeBois adalah wakil tunggal Malaysia dan mereka tidak digandingkan dengan pasukan Filipina dalam kumpulan D. Namun, ini semua akan berubah jika mereka layak ke pusingan knockout dengan memenangi perlawanan ke atas TheOhioBrothers pada jam 6 petang ini.

Kata Syed Fitri Abharshah atau Sunfrost, Filipina sememangnya pasukan yang kuat dan tugas ini bukan mudah.

“Berhadapan pasukan tuan rumah, Filipina sememangnya bukan perkara yang mudah. Mereka meletakkan harapan yang tinggi untuk sekali lagi menjuarai M-Series dan kali ini di tempat sendiri.

“Namun, bukanlah sebuah perkara yang mustahil untuk pasukan negara kita, HomeBois menghalang mereka. Apa yang perlu untuk kita lakukan adalah mengekalkan identiti permainan yang sudah dipraktikan sebaik mungkin. Seperti Homebois yang kuat dalam pengambilan objektif, seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Apabila perkara sebegini diterapkan, kita dapat memaksa musuh untuk bermain di dalam keadaan yang selesa buat pemain kita,” katanya ketika dihubungi.

Selain daripada itu, kata Sunfrost, menjadi tugas utama buat barisan kejurulatihan untuk menganalisis ‘counter pick’ yang bersesuaian dengan kekuatan pasukan-pasukan kita untuk dipersiapkan dalam fasa drafting.

Semoga pasukan-pasukan Malaysia mendapat pencapaian yang lebih baik, bersesuaian dengan jangkaan peminat sekali gus, merealisasikan #MI5IMalaysia kita.

RELATED NEWS

+